Monday, September 21, 2009

Alahai Zakat Fitrah...

Raya tahun ni menjadi permulaan aku p bayar duit zakat fitrah. Sebelum ni, arwah bapak aku yang bayaq. Kemudian bila arwah dah tiada, abang aku yang tolong bayaq. Tapi tahun ni dah depa pun raya kat umah mertua, nak x nak dah jadi kewajipan aku untuk bayar zakat fitrah. Tapi dah jadi kewajipan tiap2 tahun, family aku bayar zakat melalui PAS, bukan melalui Majlis Agama Islam.

Tetapi yang sedihnya, orang yang kutip tu. Bukan dia x jujur dan amanah, Cuma aku rasa pemilihan beliau untuk kutip zakat ni x tepat. Kreditibiti beliau memang x dapat disangkal lagi. Dari dulu lagi, tiap2 tahun beliau yang akan kutip. Tapi melihatkan keadaan kesihatan beliau, aku rasa pihak pentadbiran PAS patut melihat perkara ini. Bagi la orang lain untuk kutip. Bila aku p bayaq ari tu, beliau dok atas katil ja. Cakap pun dah x larat. Resit pun aku kena koyakkan. Tapi akad tu lancar la. So aku rasa pihak atasan patut menilai semua para wakil ini. Kesian kat beliau la. Bagi la kat orang lain yang dok kampung yang sihat. Aku x pa la pasal aku bukan dok kampung, klau x aku leh jadi wakil.

So bersedialah untuk lakukan perubahan. Kesianilah mereka yang telah tua, jangan bebankan mereka dengan kerja2 parti. Ok…

Monday, September 7, 2009

The Bad Service From Pos Malaysia...

I was going to Parit Buntar’s Pos Malaysia branch a few days ago. I arrived at that branch around 3.50pm. As a customer, I very unsatisfied with the service provided. With 5 counters that were designed and built up on that branch, only 3 counters were opened. Two counters for bill payment and etc and 1 counter for buy a stamp, courier, take parcel and etc.


I was very sad when one old man came to this post office, carrying a big box that need to be posted to his relative family, by the time his turn to the counter after queue up about 20 minutes, the post worker told him that the time for them collect the parcel (that big box) was over (already 4pm), therefore the old man have to come back tomorrow. Do all of you feel what I already felt on that time? How sad and embarrassed to the worker and Pos Malaysia.


Another thing, it is good to have a number so that customers don’t have to queue up. But with only 2 counters open, it didn’t help anything. That why I only go to Pos Malaysia to buy just the stamp. So to management of Pos Malaysia, please consider this if you have a sense of humanity inside you…

Merdekakah Kita...

Merdeka… Merdeka… Merdeka…

Laungan itu kerap berkumandang bila 31 Ogos menjelma. Riuh segenap lapisan masyarakat dengan laungan itu. Sambutannya ada di mana-mana. Kalau di KL, KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang menjadi lokasi wajib bagi para penyambut laungan tersebut. Percikan serta letupan bunga api memeriahkan malam itu.

Namun sedarkah kita apa itu Merdeka??? Kenapa merdeka perlu disambut??? Mengapa perlu dihabiskan berjuta-juta wang ringgit dalam sambutan kemerdekaan???

Pada aku, seperti juga tahun-tahun sebelum ini, merdeka itu hanyalah laungan kosong yang datang dari segenap masyarakat yang tidak melihat erti kemerdekaan seperti aku.

Bagi aku, aku belum merdeka dan Negara Malaysia juga belum merdeka. Kenapa??? Kerana merdeka yang disambut adalah pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah Negara bebas pada nama sahaja, tetapi tidak pada peruntukan perlembagaan, cara Negara ditadbir, cara hidup masyarakat Malaysia dan sebagainya.

Lihat saja pada perlembagaan Malaysia, masih mengikut perlembagaan Britain. Tidak ketinggalan, cara hidup dan sosial yang berlainan dari budaya masyarakat Malaysia, terutamanya di Bandar. Ada pelbagai masalah remaja yang amat merunsingkan semua orang, termasuk kerajaan, namun ketidakbolehan kerajaan membendung budaya tidak sihat ini adalah disebabkan oleh keizinan mereka sendiri memberi ruang untuk budaya tidak sihat untuk terus menular dalam merosakkan remaja-remaja tunjang Negara pada masa depan.

Akhir kalam, merdeka tidak bererti tanpa kita keluar dari kepompong penaklukan idelogi halus penjajah yang terus menghasut masyarakat kita untuk terus hanyut dan meninggalkan jalan kebenaran berlandaskan Islam…

Monday, April 20, 2009

Majlis Jamuan Kesyukuran PRK P059 Bukit Gantang...


Semalam, 19 April 2009 diadakan majlis jamuan kesyukuran atas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang oleh para penyokong PR khususnya PAS kawasan Tebok Haji Musa. Sumber diberitahu, seekor lembu telah ditumbangkan untuk majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Saidin. Tetamu dihidangkan dengan nasi minyak dan nasi putih serta lauk daging lembu masak tomato, pajeri nenas, jelatah, ikan kering goreng. Tidak lupa buah tembikai dan air berwarna hijau.

Sumber juga memberitahu segala kos adalah dari sedekah dan pemberian ahli-ahli yang tidak dipaksa, tidak seperti majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak lawan…. Hahahahahahaha…

Sekian…

Sorry gambaq xdak pasal hp aku masuk kedai, repair…

Sunday, March 29, 2009

Trendsetter Studio...

Ari tu aku berpeluang mengunjungi satu kedai ni, juai minyak wangi jenama terkenal tanpa alcohol, mean leh la bawak p solat. Ok gak, aku beli 2 jenama ari tu, CK One dan Dunhill Desire Red. so far wangiannya bertahan sampai berhari-hari jika baju tu x dibasuh dan 2 hari klu baju itu dibasuh. Hahaha… selang bape minggu aku p lak kt kedai tu, gunting rambut aku yg memanjang smpi merimaskan ati…

Gunting rambut pun ok la, yg penting selesa, kemas dan diusahakan oleh orang melayu kita… so klu sapa2 rasa nak mencuba, p la kt kedai ni, kt tingkat dua, atas MR. DIY. Nama kedai dia “Trendsetter Studio”..

Kat bawah ni aku letak beberapa gmbr yg sempat aku amik.


Kedudukan Kedai Yang Berada Di Atas Kedai Mr. DIY


Deretan Pilihan Wangian Untuk Dipilih


Friday, March 27, 2009

Pengumuman...

Assalamualaikum...

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Tebok Haji Musa akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 28 Mac 2009
Masa: 9.00 malam
Tempat: Surau Lebai Mohammad, Tebok Haji Musa

Semua ahli PAS cawangan dijemput hadir...

note:
aku tlg hebahkan je, klu nk tau sapa aku, p la, kot2 ada pasai aku x register ahli PAS lagi... ;-)

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI II...


Hari isnin lepas aku dijemput menghadiri majlis perkahwinan kawan skolah aku. Dan seperti biasa, bila jumpa kawan skolah yang dah lama x jumpa, banyak la benda yang dibincangkan. Aku tertarik pada 2 orang kawan aku ni, kerana seorang adalah anggota Federal Reserve Unit (FRU) (aku wakilkan dengan M) dan seorang adalah kaki p wat demo (aku wakilkan sebagai H) kat mana2 ja.

Kebetulan H ni baru balik ja dari demo PPSMI kat KL baru2 ni. So diceritakanlah pengalaman dia kat sana. Yang paling syok dia kata, “aku dapat tendang kepala sorg FRU ni”. So bila si M ni dengar, berbulu la dia, tapi biasa la dah kawan lama, nafsu kemarahan itu diredakan dalam hati. H cerita lagi, dia rasa 1 tanda ALLAH S.W.T tunjuk kat dia, apabila bom-bom asap dan sebagainya ditembak ke arah para pendemo dalam kawasan Masjid Negara, asap yang keluar dari bom tersebut seperti diarahkan pergi ke arah anggota FRU tadi. Akhirnya geng2 FRU ni la yang terpaksa menanggung kesengsaraan akibat dari bom-bom depa tu… padan Muka… hahahaha…

H juga menambah, kalangan pendemo dikepung seperti tentera Musyrikin Mekah yang dikepung oleh tentera Islam dalam Perang Uhud. Apabila bom-bom asap dilancarkan ke arah para pendemo, maka bertempiaran la depa lari naik ke bukit, malangnya SB serta polis balai yang berpakaian biasa menangkap depa. juga penggunaan peluru "kacang" yang memedihkan sesiapa saja yang kena. Sebenarnya banyak lagi yang H cerita n M nak counter balik, tapi cukup la takat ni.

Akhir kalam, seperti dalam posting awai aku, PPSMI merugikan bangsa melayu. Tidak apa yang lebih penting dari memartabatkan bahasa melayu agar dihormati dan diguna pakai oleh rakyat pada masa depan tanpa menjelaskan penguasaan depa dalam bidang pendidikan, ekonomi dan teknologi…

Hadapi Dengan Senyuman… ;-)