Sunday, August 31, 2008

Kemerdekaan Tidak Ada Erti Bagiku....


Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
harga barangan terus melambung

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
harga minyak terus tinggi

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Aku terus dikurung di bawah akta zalim ISA

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Aku terus ketakutan dibawah OSA

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Aku terus dikongkong dibawah Akta Polis

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Aku terus dibelenggu kemiskinan

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Aku terus dinafikan hak untuk berhimpun secara aman

Kemerdekaan tidak ada erti buat ku ….
Blog dan laman web terus dipantau dan digodam

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Suratkhabarku terus dibelenggu dengan akta cetak

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Suratkhabarku Untuk Ahli Sahaja

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Menteri Besarku dinafikan hak untuk bercakap di Radio dan TV

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
YB ku dinafikan peruntukan untuk Wakil Rakyat

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Biasiswaku telah ditukar kepada pinjaman

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Amalan rasuah dan kronisme terus membarah

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Kadar jenayah terus meningkat

Kemerdekaan tidak ada ertu buatku ….
Negeriku dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat Parti Dacing Senget (PDS)

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Aku terus menganggur walaupun menggenggam segulung Ijazah

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Kontrak dan Peluang Perniagaan dibolot kroni

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Subsidi hanya untuk ahli Parti Dacing Senget (PDS)

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Media terus berat sebelah dan menfitnah

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Konspirasi menjadi amalan politik murahan

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Pemimpin lemah dan lembap tidak mahu berundur

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Pemimpin bijak dan berkarisma tidak diberikan tempat seadilnya

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Islam diketepikan dengan hina

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Bahasa ku diperkecil dan dihina

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Al-Quran sekadar untuk dipertandingkan

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Ulama dicemuh dan difitnah

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Artis disanjung lebih dari Ulama’

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Program Maksiat dan melalaikan digalakkan

Kemerdekaan tidak ada erti buatku .....
SPR terus menjadi Kuda Tunggangan Parti Dacing Senget

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Jentera kerajaan digunakan wewenang oleh Parti Dacing Senget

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Pemimpin Parti Dacing Senget seolah-olah ‘imune’ dan maksum

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….
Politik Wang terus berleluasa dan dibiarkan





http://proreformasi.blogspot.com/2008/08/kemerdekaan-tidak-ada-erti-buatku.html


Thursday, August 28, 2008

Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketika Mengangkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Pagi Tadi...

Tuesday, August 26, 2008

KEPUTUSAN P44: PERMATANG PAUH...

Jumlah Pengundi Berdaftar:58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi

2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi

3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi

Jumlah mengundi/Votes cast 47,528 undi

Peratus/Percentage 81.30 peratus

Undi rosak/Spoilt votes 447 undi

Majoriti/Majority 15,671 undi

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)

Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348

Majoriti/Majority:13,398


* aku dok wait result ni dari jam 8mlm. dok lepak depan laptop aku je ni, p surau time solat isya' pun tok imam tanya sapa menang, maklum la, aku ja putera yang ada wireless broadband, nak guna streamyx TM xdpt nak bg servis smpi umah aku...
hepi gile aku, klu la arwah bapak aku ada skrg, mesti dia raya sebulan sebab PR menang...

Wednesday, August 20, 2008

Exco Perak Ditahan BPR???

Malam ini dihebohkan dalam TV3 suku menghebahkan tentang EXCO PERAK yang ditangkap kerana menerima suapan berapa ratus ribu ntah. Dan pelbagai tokok tambah berita yang menginginkan penonton benci, menyesal menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada PRU12 yang lepas. Tetapi itulah kerajaan BN, bila orang depa dilaporkan ada amik suapan, lambat ja nak amik tindakan, ada yang x mik langsung, klau geng2 PR ni, cepat je, contohnya kes Exco Perak dan menantu MB Kelantan. Tapi sebagai rakyat Perak, aku bukan layan sangat TV3 suku ni. Yang aku layan time drama2 ja. Hahahaha… time berita, aku dengar tidak ja. Kalau BN berani dan ada teloq, tayang la berita secara adil, tapi aku yakin, depa xkan buat mcm tu.

Kononnya debat perdana antara Dato’ Seri Anwar dan Datuk Shabery tempoh hari adalah kerana kerajaan telus, dan malam ini debat kedua antara Lim Guan Eng dan Koh Su Koon pula. Kalau dilihat di sebalik debat pertama dahulu, tujuan tersirat yang aku nampak adalah kerajaan ingin tahu apakah taktik dan cara yang DSAI akan lakukan untuk menurunkan harga minyak jika beliau menjadi PM Malaysia yang ke 6. walaupun terpaksa memalukan Menteri Penerangan yang tidak tahu berdebat dan tiada isi yang kukuh seperti juga moderator beliau yang gah sebagai Naib Canselor UUM. Buat malu warga UUM ja, IPP pun xtau.

Tapi seperti kata Pengerusi DAP Perak, semua ini adalah mainan politik BN yang sudah ketandusan isu dan takut penyelewengan mereka akan dibongkarkan oleh DSAI apabila beliau memasuki Parlimen kelak.

Sebagai rakyat Perak, jika benar Exco Perak tersebut terbukti bersalah, memang patut beliau dipecat, dan sebelum beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah, jangan sapa2 jadi jaguh dok kata mcm tu, mcm ni, mcm Ketua Pemuda UMNO Perak yang mengusulkan agar Exco tersebut digantung tugas. Alahai macai UMNO, kalau hg mau Exco tu digantung tugas, hg patut suruh Pak Lah gantung tugas Musa Hassan dan Gani Patail dulu sebab depa pn disiasat oleh BPR. Jangan jadi jaguh tanpa tahu apa2…



ni pos yang aku amik dari YB ADUN aku

http://idhamlim.blogspot.com/


Penahanan Exco tidak ganggu kerajaan negeri: Nizar

IPOH, 20 Ogos :- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penangkapan dua Ahli Exco tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pada masa ini mereka hanya direman. Jika ada pertuduhan membabitkan mana-mana Ahli Exco itu, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengikut lunas-lunas perundangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohammad Nizar berkata, kedua-dua Ahli Exco itu hanya disoal siasat dan keterangan mereka diambil.

Katanya, semua Exco kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan BPR.

Exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat terdiri enam anggota daripada DAP, tiga daripada PKR dan seorang daripada Pas, tidak termasuk Mohammad Nizar yang juga daripada Pas.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP menang 18 kerusi, PKR tujuh dan Pas enam manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi.

Jangan Terkejut.. memang Pengarah BPR Perak Penyokong kuat UMNO!!

Pagi ini saya menerima sms kata dua Exco Perak ditangkap, mungkin ramai yang terkejut? tapi tidak pada saya. saya bukan tidak terkejut oleh kerana sudah mengetahui mereka ini memang kaki rasuah tetapi saya mengetahui Pengarah BPR itu memang kuat Umnonya dan menjadi barua kepada UMNO. Ibunya bekas ketua cawangan Umno, manakala Idolanya adalah Rafidah Aziz.dalam temuramah mingguan Malaysia 11 febuari 2007. katanya Pengarah BPR ini , rafidah Aziz ini memang contoh terbaik bagi wanita. sebagai pegawai tinggi BPR apakah Shamsiah ini tidak tahu yang Rafidah itu sudah disabitkan rasuah oleh BPR .

Cuma dokumennya tidak dimajukan untuk tindakan, serupalah bekas pengarah BPR yang diberhentikan tetapi tidak didakwa.mereka ini memang barua UMNO, termauklah ketua pengarah BPR sekarang yang muka panjang tetapi akal pendek, pantas membuka siasatan terhadap Yong teck Lee atas arahan Umno untuk mengugut agar tidak melompat parti. BPR sekarang bekerja untuk UMNO, sudah tentu BPR Perak kini bekerja untuk Umno sebagai sebahagian jentera kempen untuk pilihanraya Permatang pauh. masakan tidak ramlang Porigi yang menjadi ahli pemuda Umno permatang Pauh tiba tiba boleh jadi Imam Masjid Wilayah persekutuan.yang mendengar sumpah Saiful Bukhari. ini semua jentera Kerajaan yang digunakan untuk kempen UMNO.

Saya pernah menulis sebelum ini bagaimana BPR Perak bersengkongkol dengan Cina Kelab Malam dan Pemimpin Umno memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah dengan dakwaan Rasuah, tuduhannya mudah, katanya Hakim terima RM 4ribu untuk bebaskan GRO? buktinya hanya duit masuk dalam Akaun si hakim ini, apa susahnya mana mana ATM bank boleh kita Bank In duit cuma perlu tahu No Akaunnya, katanya hakim ini masih dikuarantin dibagunan SUK Perak. pada sebelum itu jabatan Agama Islam hebat menjalankan pembersihan orang melayu yang melacurkan tubuh dalam industri ini. akibat serangan yang tidak henti henti perangkap telah dibuat? siapa dalangnya? ia didalangi pemimpin UMNO yang menjadi rakan kongsi kelab kelab malam dan karoeke di sekitar IPOH. mereka mendapat lesen hiburan hanya dengan Cop dari pejabat Istana Raja Kecil Besar untuk memohon apa apa permit, Raja Kecil Besar adalah keturunan Sultan Idris, atas sebab itu Sultan Perak menarik keistimewaan Raja Kecil Besar pada tahun lepas atas banyak sebab yang umum tidak mengetahui.

Apa yang lebih menarik sejurus Hakim ini didakwa dan ditangkap oleh BPR, tuntutan fasakh isteri ketua bhagian Umno Ipoh Timur Hamzah Zainuddin yang kini timbalan Mneteri Perumahan sebanyak 11juta ditarik balik oleh Mahkamah Rayuan Syariah, sudah pastilah tuntutan itu boleh dibatalkan kerana Pemimpin Umno ini berjaya merosakkan kredebiliti Hakim mahkmah Syariah Perak, dan penghakiman nya dahulu untuk tuntutan 11juta terhadap hartanya dulu sudah boleh diragui, pandai atau tidak pemimpin UMNO ini bermain wayang dengan BPR perak yang pengarahnya seorang penyokong kuat UMNO.

Jadi apa yang perlu Pengarah BPR juga harus disiasat. Hamzah Zainudin juga antara nama Konspirator dakwaan liwat tahun 1998, dan yang terlibat secara langsung adalah isterinya sendiri. bayangkan jika tuntutan fasakh 11juta.. berapa hartanya yang sebenar, apakah Pengarah BPR Perak yang kuat Umnonya mahu siasat? pesanan saya kepada Pengarah BPR Perak jangan buat kerja kempen UMNO menjelang Pilihanraya kecil.Tunggu Pendedahan seterusnya..Lawan tetap Lawan

reformismuda/http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=arti



RAMLANG PORIGI - IMAM MASJID WILAYAH???

*info ni aku amik dari

http://wrlr.blogspot.com/


banyak lagi rujukan dari blog2 lain..
hangpa nilaikanlah sendiri penipuan BN...


Lupa nak bagitahu : RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar....

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi
” Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137


Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam


RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Tuesday, August 19, 2008

Deal dengan Umno: Ezam minta jadi Menteri?

aku amik ni dari blog ni:

http://kisahezam.blogspot.com/

Tarikh: Rabu, Februari 18, 2006 @ 08:11:22 GMT
Topik: 1
Oleh Lokman Nor Adam

Bahagian Pertama

Sejak dibebaskan daripada tahanan ISA, Parti Keadilan Nasional sememangnya bukan lagi parti yang gah sepertimana sebelum kami dipenjarakan. Pelbagai cara telah kami gunakan untuk cuba mengembalikan kegemilangan parti Keadilan, namun ternyata usaha tersebut tidak mampu merubah keadaan.

Untuk menghimpunkan 1000 orang bagi menghadiri kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim pun payah. Ketika inilah saya, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip telah dipanggil oleh Ezam. Saya masih ingat kata-kata Ezam ketika itu, "Man, Kau rasa BA ni boleh memerintah ke?"

Sayapun menjawab: "Tidak dalam masa 10-20 tahun lagi."

Kemudian Ezam mula menerangkan kepada kami bahawa "there is no way" untuk Datuk Seri Anwar bebas melalui Barisan Alternatif (BA). Jelas beliau: "Aku dan Lokman telah sama-sama merasa penderitaan di penjara, tapi nasib kami lebih baik kerana keadaan di Kamunting tidak seperti di Sungai Buloh. Tahun ini merupakan tahun keenam Datuk Seri Anwar akan berhari raya di penjara. Nampak gaya kita kena ubah strategi dan menggunakan pendekatan lain."

Ketika itu kami memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang beliau ingin sampaikan. Lalu beliau terus menambah: "Aku rasa takde orang lain yang boleh membebaskan Boss melainkan Dollah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)."

Menurut Ezam, di dalam Umno ada tiga kumpulan manusia. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang membenci Anwar dan kumpulan ini mahu Anwar terus di penjarakan. Tetapi kumpulan ini semakin lemah kerana mereka ini terdiri daripada orang Dr Mahathir (Mohamad).

Kumpulan kedua pula ialah mereka yang membenci Anwar tetapi tidak sampai hati untuk melihat Anwar terus dipenjara. Namun kumpulan ini tidak berbuat apa-apa untuk membebaskan Anwar.

Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang suka pada Anwar dan mahu melihat Anwar bebas seperti Zahid Hamidi, Affifudin Omar dan lain-lain. Namun menurut Ezam, mereka ini juga tidak buat apa-apa. Itu sebabnya jelas Ezam: "Kita perlu wujudkan kumpulan keempat, iaitu kumpulan yang suka pada Anwar, mahu melihat Anwar bebas dan boleh meyakinkan Pak Lah bahawa Anwar perlu dibebaskan demi survival politik Pak Lah.

Deal dengan Umno: Ezam minta jadi Menteri? -Bhg 2

bahagian ke-2

Oleh Lokman Nor Adam

Kelana Jaya


Ketika ini, saya mencelah: "Kau tak takut ke orang maki kita kalau masuk Umno?" Jawab Ezam: "Orang akan faham Man (Lokman) yang kita sanggup korbankan diri kita demi kebebasan Anwar. Kita deal-lah hari ini Boss bebas, dalam tempoh 24 jam kita akan isytihar masuk Umno."Menurut beliau lagi: "Kita tubuh parti ini untuk membebaskan Anwar, kalau parti ini mati sekalipun takpa asalkan Anwar bebas".

Idea Ezam ini telah kami persetujui dan ketika itu kami telah menyatakan ikrar kami untuk bersama beliau. Di peringkat awal Hamdan dan Zahid telah diarahkan untuk memulakan perbincangan dengan satu dua pemimpin Umno.

Saya juga telah diarah untuk membina semula hubungan dengan rakan lama saya yang dekat dengan Pak Lah dan juga merupakan junior Ezam semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menjelang bulan Ramadhan lalu, perbincangan menjadi semakin serius kerana kami mengharapkan agar kali ini Anwar dapat kembali berhariraya bersama keluarganya.Inilah yang membawa kepada pertemuan Ezam dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pertemuan ini telah berlangsung di kediaman rasmi Tan Sri Mohamad Taib, di Kelana Jaya. Ketika itu, Ezam telahpun berpindah ke Seksyen 7, Shah Alam. Ezam telah menceritakan kepada kami bertiga apa yang berlaku di antara beliau dan Mat Taib.

Mesyuarat empat sekawan ini pasti akan diadakan selepas setiap pertemuan penting. Lokasi biasa yang kami pilih ialah di Ravi’s Corner, Sunway. Menurut Ezam, Mat Taib berjanji akan membawa hasrat kami untuk menyertai Umno kepada Pak Lah. Namun, dari apa yang Ezam dapat lihat, isu pembebasan Anwar ini sukar untuk Mat Taib bangkitkan kepada Pak Lah.

Menurut Ezam, Mat Taib hanya mengulang tentang pentingnya kami kembali bersama Umno tanpa syarat demi menyatukan semula orang Melayu. Kegagalan dalam pertemuan yang pertama ini telah membawa kepada pertemuan kedua, iaitu dengan Datuk Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor.

Saya masih ingat bahawa pada hari pertemuan diadakan, Ezam menganjurkan majlis berbuka puasa di rumahnya. Saya sendiri telah menghantar Ezam di hadapan Sekolah Menengah Seksyen 7 dan kemudiannya beliau telah menaiki kereta Haji Azmir, naib ketua Umno Bahagian Shah Alam untuk ke rumah Khir Toyo.

Pertemuan beliau kali ini lebih lama, iaitu sejam setengah, berbanding dengan pertemuan dengan Mat Taib selama setengah jam sahaja.

Letak jawatan

Menurut Ezam, pertemuan dengan Khir jauh lebih baik dan Khir turut menyatakan komitmen beliau untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Pak Lah.

Selepas Hari Raya Aidilfitri, Ezam telah memanggil kami bertiga dan menzahirkan keputusan mengejut beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Saya telah bertanya kepada beliau, kenapa terburu-buru nak letak jawatan dulu sedangkan syarat kita belum dipenuhi. Beliau menjawab: "Aku rasa kalau aku tak letak jawatan untuk tunjukkan kepada Pak Lah yang aku ikhlas untuk bersama dia, sampai bilapun dia takkan jumpa aku." Ketika itu saya telah menerangkan kepada beliau: "Zam, kalau kau tinggalkan Keadilan dan masuk Umno, BN akan dapat "double bonus." Tapi bila kau tinggalkan Keadilan, itupun dah memberikan bonus percuma kepada mereka. Tunggulah syarat kita diterima dahulu."

Hamdan dan Zahid juga tidak bersetuju dengan keputusan Ezam ketika itu. Namun kami semua tahu bahawa apabila Ezam sudah membuat keputusan, tidak guna untuk kami membazir masa cuba meyakinkan beliau. Hasrat Ezam untuk meletakkan jawatan dan bertemu Pak Lah dalam keadaan beliau bukan lagi ketua Pemuda Keadilan ini, telah Ezam sampaikan kepada Pak Lah melalui teman lama saya yang juga merupakan junior Ezam di UIA tadi.

Pertemuan ini berlaku di Coffee House, Hotel Sunway Resort sekitar Hari Raya keenam atau tujuh. Pada hari ini jugalah, Ezam menyerahkan suratnya untuk Pak Lah di mana beliau telah menyatakan hasratnya untuk menyokong kepimpinan Pak Lah demi perpaduan Melayu. Sejak Ezam mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan, beliau telah mula mengadakan beberapa pertemuan dengan teman-teman terdekat. Namun, tidak semua yang beliau beritahu tentang hasrat sebenarnya ingin meletakkan jawatan, adalah untuk menyertai Umno.

Rata-rata yang beliau temui, hanya dimaklumkan tentang hasratnya untuk meletak jawatan dan menumpukan perhatian kepada badan bukan kerajaan (NGO). Namun ada di antara Exco yang rapat, seperti Azwan Din, Dato Sanusi Osman dan satu-dua orang yang lain, telah dimaklumkan tentang usaha membebaskan Anwar melalui Umno. Pada ketika ini juga, satu surat telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar melalui Datin Seri Wan Azizah Ismail, bagi menjelaskan hasrat Ezam untuk meninggalkan Keadilan dan menumpukan perhatian kepada NGO.

Saya masih ingat bagaimana Ezam menceritakan keadaan Datin Seri Wan Azizah yang menangis teresak-esak apabila Ezam menyatakan hasratnya itu.Namun keadaan mula berubah apabila Ezam menerima maklum balas daripada Datuk Seri Anwar. Jawapan yang Ezam terima daripada Datuk Seri Anwar berhubung hasratnya untuk meninggalkan Keadilan sememangnya cukup keras, "if Ezam wants to leave the party, that means he wants to kill the party and betray me, and I will fight him" (terjemahan: Kalau Ezam mahu meninggalkan parti, itu bermakna dia mahu membunuh parti ini dan mengkhianati saya, dan saya akan menentangnya).

Deal dengan Umno : Ezam Minta Jadi Menteri ? Bah.3

Hyatt Saujana


Jawapan Anwar ini telah disampaikan oleh YB Azmin Ali dan Khalid Jaafar kepada Ezam. Inilah yang menyebabkan Ezam membatalkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Pada ketika inilah, Ezam mula mendedahkan tentang pertemuan beliau dengan Mat Taib dan Khir Toyo kepada Anwar Ibrahim dan pimpinan parti lain. Ezam juga telah meminta Anwar menamakan wakil yang Anwar pilih bagi menghadiri pertemuan dengan Tan Sri Khalil Yakob di kediaman Khir Toyo.

Malangnya, tiga wakil yang Anwar namakan untuk menyertai Ezam dalam pertemuan tersebut tidak dapat bertemu dengan Khalil kerana kebetulan Khalil tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Pertemuan dengan Khalil yang sepatutnya berlangsung seminggu selepas itu juga akhirnya tidak berlaku hingga kini. Pada 9 Disember 2003, Ezam mengarahkan saya menempah sebuah bilik mesyuarat untuk 10 orang di Hyatt Saujana Subang.



Pada hari inilah saya telah menyaksikan bagaimana perundingan untuk memasuki Umno berlaku di depan mata saya sendiri. Umno diwakili oleh Datuk Aziz Samsuddin yang diiringi oleh seorang temannya, Hashim Lim, manakala Ezam merupakan jurucakap kepada lima orang lain yang akan menyertai Umno bersama beliau, iaitu Ruslan Kassim, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Dr Wahid Suhaimi dan saya sendiri.

Di dalam pertemuan ini, Ezam telah menyuarakan kesediaan kami untuk menyertai Umno dan harapan kami untuk melihat Datuk Seri Anwar dibebaskan. Datuk Aziz menyatakan kesediaan beliau untuk menyatakan hasrat kami kepada Pak Lah dan memaklumkan bahawa kami akan bertemu semula dalam masa dua minggu dari tarikh tersebut.

Pertemuan dengan Aziz ini hanya kami berenam yang tahu kerana Ezam tidak mahu pimpinan lain termasuk Anwar tahu. Apa sebabnya sayapun tidak tahu. Dalam pertemuan ini, Hashim Lim telah merakam gambar kami bersama Aziz untuk disimpan sebagai kenang-kenangan kerana ianya mungkin akan menjadi detik bersejarah katanya.

Bila pertemuan di bilik Mutiara 1, Hyatt Saujana Subang ini telah dijelaskan sendiri oleh Ezam dengan menggunakan Master Card miliknya. Setelah dua minggu berlalu, tiada sebarang berita kami terima dari Aziz (Samsuddin). Kegagalan pertemuan ketiga ini, menurut Ezam, merupakan mesej yang jelas bahawa Pak Lah masih belum bersedia untuk membebaskan Anwar.

Ubah pendirian

Di saat inilah pendirian Ezam mula berubah. Beliau telah menghantar satu mesej kepada Aziz (Samsuddin) yang berbunyi: "Sekiranya kami bersedia menyertai Umno dengan tidak meletakkan pembebasan Anwar sebagai syarat, boleh tak Pak Aziz bantu kami dalam dua perkara. Pertama, agar kami diberikan jawatan politik dan kedua bantuan ekonomi".

Saya telah bertanya dengan Ezam: "Kenapa secara tiba-tiba you ubah syarat kemasukan kita ke dalam Umno?" Jawab Ezam: "Man, kau kena faham yang ramai orang nak jatuhkan Pak Lah. Kalau Pak Lah bebaskan Anwar sekarang, orang akan gunakan isu pembebasan Anwar itu untuk memastikan prestasi Pak Lah dalam pilihan raya akan datang ini teruk. We got to be fair to Pak Lah (Kita mesti adil kepada Pak Lah). Itu sebabnya kita kena join (masuk) Umno dulu and make sure (pastikan) Umno menang besar dalam pilihan raya akan datang, Pak Lah mesti bentuk kabinetnya sendiri dan dia mesti ditabalkan sebagai presiden Umno dulu. Bila dia dah menang election (pemilihan) Umno barulah kita push (gesa) dia untuk bebaskan Anwar. Masa tu, bila Pak Lah dah yakin yang kita betul-betul dengan dia, diapun tak takut nak bebaskan Anwar. Sebab masa tu nanti, semua orang kuat Anwar dengan dia. Kita akan convince (yakinkan) Pak Lah, jika Anwar lawan dia, kita sendiri akan lawan Anwar".

Mendengar hujah Ezam ini, sayapun bertanya sekali lagi kepada Ezam: "Kau tak takut ke orang maki kita kerana masuk Umno sedangkan Anwar terpenjara". Jawab beliau: "Biarlah orang maki kita sekarang, lepas Anwar bebas enam bulan atau setahun dari sekarang, mereka akan faham".

Bagi diri saya yang berjuang dalam Keadilan kerana Anwar, jika Anwar boleh keluar enam bulan atau setahun dari sekarang, itu sudah cukup bagus daripada merengkok enam tahun lagi.

Mesej terakhir Ezam kepada Aziz (Shamsuddin) ini juga tidak mendapat jawapan yang Ezam mahukan. Jawapan yang Ezam terima ialah Umno hanya akan menerima kami tanpa syarat dan sebagai balasan, kami juga akan diterima tanpa syarat dan tanpa sebarang sekatan untuk memegang jawatan atau bertanding dalam pilihan raya. Ini telah membawa kepada pertemuan terakhir Ezam dengan junior beliau di UIA tadi.

Sebelum dia bertemu dengan orang kuat Pak Lah itu, dia telah memberitahu saya bahawa dia terpaksa berterus-terang dengan juniornya itu bahawa dia perlukan ”role” (peranan) dalam Umno. Namun, Ezam segan untuk menyatakan perkara tersebut secara terus terang kepadanya. Maka dia memberitahu saya jika dia menyebut tentang ”role” yang dia perlukan, maka saya perlu memberitahu orang itu yang dia perlukan political role (peranan politik), jawatan menteri atau setidak-tidaknya timbalan menteri.

Bersambung ke siri 4..........

Deal dengan Umno: Ezam minta jadi Menteri ? BAH.4 (akhir)

Oleh Lokman Nor Adam

Jawatan politik

Semasa pertemuan di Coffee House Hotel Sunway Resort, Ezam telah jelas berbohong kepada juniornya itu. Dia tidak berterus-terang menyatakan yang dia perlukan ˜political role”, tetapi sebaliknya menggunakan nama Anwar untuk meminta jawatan tersebut. Kata Ezam: "I dah beritahu Anwar tentang ˜my intention to leave the party,” (niat saya untuk keluar parti) dan akan tumpukan kepada NGO, tapi Anwar said no, no (kata, jangan, jangan). Apa mengarut NGO, NGO ni. I want u to leave the party, join Umno, support Pak Lah and tell Pak Lah that I am willing to accept him as Prime Minister. But, you must make sure you ada role" (saya mahu awak keluar parti, masuk Umno, sokong Pak Lah dan beritahu Pak Lah saya bersedia menerimanya sebagai Perdana Menteri. Tetapi awak mesti pastikan awak ada peranan).

Bila saya mendengar Ezam cakap macam itu, rasa macam nak tergelakpun ada. Macamana dia boleh suka-suka cakap macam ni? Bila mendengar apa yang Ezam ungkapkan tadi, maka orang kuat Pak Lah itupun bertanya kepada Ezam:"What kind of role (apa bentuk peranan) yang you mahu. Mungkin I could talk to Pak Lah (saya boleh beritahu Pak Lah) untuk letak you jadi pengarah satu institut macam IKD ke".

Ketika itu Ezam mula menjeling saya dan saya mula menyampuk dengan berkata: "Ezam ni politician (ahli politik), bukan academician (ahli akademik) yang you boleh letak jadi pengarah institut. Maksud Ezam dia perlukan political role (peranan politik)". Tanya orang kuat Pak Lah itu lagi: "Yalah, what kind of political role (apa bentuk peranan politik) yang you mahu?".

Maka sayapun menjawab: "Political role (peranan politik) ni macam minister (menteri) ke or at least Deputy Minister (atau sekurang-kurangnya timbalan menteri)". Junior Ezam tadi terus melenting,

"Oh no! Not only Pak Lah wont consider such thing (Oh tidak, bukan saja Pak Lah tidak mempertimbangkan perkara seperti itu), I sendiripun tak berani nak bring this matter to Pak Lah (kemukakannya kepada Pak Lah). Kalau you cakap awal-awal lagi yang you nak Deputy Minister (timbalan menteri) lain cerita. Ini you dah tulis surat menyatakan hasrat you untuk bersama Pak Lah secara ikhlas and in fact (malah) you dah suruh I beritahu Pak Lah yang you akan resign as (letak jawatan sebagai) ketua Pemuda Keadilan sebagai tanda keikhlasan you, sebelum jumpa Pak Lah, takkan I nak beritahu dia you letak syarat macam ni sekarang? I dah convince (yakinkan) Pak Lah yang you benar-benar ikhlas nak bersama dia, he was very happy (beliau amat gembira). Now (sekarang), kalau I bawa benda ni pada Pak Lah, orang keliling dia akan kata, you see (Lihatlah),.he wants something (dia mahu sesuatu). Kredibiliti I akan rosak".

Itulah pertemuan terakhir Ezam dengan orang Umno sepanjang pengetahuan saya. Semasa dalam perjalanan balik, Ezam (dengan nada marah) berkata kepada saya:"Kita kena all out (habis-habisan) belasah Pak Lah. Tapi kalau kau nak ikut yang lain-lain masuk Umno buta macam tu, aku tak kisah".

Ketika itu saya memberitahu Ezam:"Kalau nak ikut hati, aku 10 kali lagi tak nak masuk Umno, lebih-lebih lagi kalau Boss tak boleh bebas. Macamana kita nak tepis maki-hamun orang yang mengharap pada kita. Dahlah kita ni baru keluar penjara".

Kenyataan bersumpah

Maka, pada malam tersebut kami telah sama-sama berikrar untuk meneruskan perjuangan dalam Keadilan. Malam itu jugalah lahir idea untuk buat program ˜Gerakan Anwar Bebas dan meneruskan program Jelajah Pemuda BA yang terhenti di peringkat awal gara-gara perundingan untuk membebaskan Anwar. Apa yang menyedihkan saya, apabila soal perundingan ini mula dihidu oleh ahli-ahli Keadilan yang lain dan kebetulan saya sedang hebat mengkritik beliau, semua beban kesalahan telah diletakkan ke atas diri saya.

Padahal, tidak pernahpun walau sekali saya mengajak sesiapa menyertai Umno, apatah lagi menawarkan ganjaran kewangan kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk menulis tentang perkara sebenar yang berlaku ini kerana saya merasa jijik mendengar kenyataan Ezam di Warta KL bahawa beliau ditawarkan jutaan ringgit untuk menyertai Umno. Malah di atas pentas ceramah, beliau pernah menyatakan bahawa beliau ditawarkan jutaan ringgit dan jawatan menteri kanan jika sanggup menyertai Umno.

Ini semua adalah pembohongan belaka, termasuklah cerita yang direka oleh Ezam untuk dijadikan kenyataan bersumpah oleh Zoolhelmi Yahya, ketua Pemuda Keadilan Perak.

Sejak Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar menggunakan kenyataan bersumpah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar, Ezam tidak pernah percaya kepada kenyataan bersumpah. Macamana sekarang ini dia boleh menggunakan taktik keji Dr Mahathir ini untuk menjatuhkan maruah lawan politiknya.

Nasihat saya kepada Ezam, jika nak libatkan nama saya dalam cerekarama saudara di lain masa, tolong pastikan di mana saya berada ketika cerekarama beliau kononnya berlaku. Jadi, tidaklah malu macam cerita Zoolhelmi ni. Siapa yang akan percaya kepada saudara sekarang apabila Zoolhelmi mengatakan bahawa beliau, saya, Zahid, Ruslan, Hamdan, Hanafiah Man dan lain-lain, menerima wang pendahuluan RM 25,000 seorang dari seorang "Datuk yang tidak dikenali" di rumah Datuk Najib (Razak), sedangkan pada malam 10 Februari itu, saya berada di rumah Sdr Rahman Othman, timbalan presiden Keadilan untuk menunjukkan bukti-bukti penyelewengan dana parti yang saudara lakukan.

Kalau betullah saudara ditawar RM1 juta untuk menyertai Umno, sudah tentu saudaralah yang akan mengepalai kumpulan 12 itu kerana inilah peluang saudara untuk memiliki RM1 juta dengan titik peluh saudara sendiri, tanpa perlu mengelapkan dana untuk perjuangan parti.

Lokman Adam adalah bekas setiausaha Pemuda Keadilan dan ahli Majlis Tertinggi yang digantung keahliannya.

*Begitulah catatan kisah ezam sebanyak 4 siri, kita semua dengan pendedahan ini ezam mengangap ianya sebagai fitnah buat dirinya, Ezam dan lokman kini sama-sama didalam Umno, apa nak jadi.....Tepuk dada tanya iman.

Untuk Rakyat Yang Nak Melanggan ASTRO...

Saja tolong promotekan ASTRo...
so spa2 nak register astro kat umah dia, call la mamat faizal ni, xpn sms dia pn dah cukup...
aku nk sembang byk2 pn aku bukan tau sangat...
tp bil umah aku dlm RM60 sebulan...
daa

DAFTAR SEKARANG!!! 0195966267 (Faizal)

sila sms/e-mailkan nama penuh, ic, alamat pemasangan, 2 no hp, dan pakej

100 Fakta Kelantan...

100 fakta Kelantan

*aku amik dari mana ntah, lupa nk amik link dia...

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni

Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia


Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud

Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan

Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia


Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

Thursday, August 7, 2008

Paksa @ Suka???

Hari ini media disajikan dengan beberapa isu besar, antaranya isu debat tentang memeluk agama Islam. Tidak lupa juga kes DSAI yang diminta ke mahkamah Jln Duta pagi td atas dakwaan liwat. DSAI mengaku tidak bersalah. Dan sesuatu yang memelikkan, pendakwaan dilakukan atas seksyen pe ntah, iaitu dakwaan liwat secara suka-suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa oleh Saiful Bukhari. Dan bila Menteri Dalam Negeri ditanya soal tersebut, beliau berkata yang bermaksud lebih kurang mcm ni, pendakwa (Saiful) tidak boleh dihukum. Ntah apa2 la menteri ni, klu dah suka sama suka, buat apa nak dakwa, pk logic pn rakyat dah tau mcm mn. So kalau diikutkan dengan hukum Islam, kedua2 (orang yang mendakwa dan didakwa) wajib dihukum…

Itu la, suruh guna undang2 islam x mau, sekarang jadi la mcm ni, buat hokum ikut sukati ja…

Tuesday, August 5, 2008

Kebetulan @pn Dirancang???

Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen P44 Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isteri beliau beberapa hari lepas. Kemudian, secara kebetulan @pun dirancang, kertas siasatan untuk kes liwat beliau telah siap dan dihantar ke pej peguam negara. Secara kebetulan @pn dirancang juga, pak lah mengumumkan harga petrol akan turun pada 1 september. Juga harga beras yang turun serta merta.

Adakah semuanya terjadi secara kebetulan @pn dirancang???

Rakyat bijak mentafsir situasi politik negara. Rakyat bukan bodoh dan boleh disogokkan oleh wang ringgit. Jiwa Putera Titi Serong akan terus ke depan untuk agar undang-undang Islam di Malaysia.

Saturday, August 2, 2008

Harga Minyak Akan Turun Pada 1 September...

Oleh mindataqwa (take from http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13668)

Pak Lah telah mengumumkan harga minyak akan diturunkan pada 1 Semptember ini. Biasalah kalau nak naik tidak sempat tunggu bulan Ogos, bulan 6 dan naik. Kenapa mesti tunggu hingga sebulan?

Kesan kenaikan minyak cukup hebat kepada ekonomi Malaysia. Alangkah lebih baik kalau kerajaan memegang janji untuk menaikkan harga minyak pada bulan Ogos.


Menaikkan dan menurunkan harga minyak secara yo-yo ini adalah lebih banyak memberikan kesan spekulasi yang negatif pada pasaran ekonomi.

Kerajaan bercadang akan mengkaji dan mengstrukturkan harga minyak setiap 1 hari bulan. Masih ingatkah lagi Ringgit Malaysia pernah ditambat supaya percaturan ekonomi dapat dilakukan secara rasional? Kaedah tambatan Ringgit pada kadar RM 3.80 telah berjaya menstabilkan ekonomi Malaysia walaupun pada ketika itu berlaku kemelesetan ekonomi dunia yang mana banyak negara membangun telah menjadi mangsa cengkaman hutang IMF.

Apakah harga barang terutamanya sektor pemakanan dapat diturunkan jika kerajaan bercadang menurunkan harga minyak?

Kerajaan juga sepatutnya melakukan harga tambatan minyak supaya perancangan perniagaan berdasrkan pada spekulasi-spekulasi yang hanya boleh menjejaskan ekonomi. Fenomena ini hanya menyumbangkan peningkatan dalam inflasi.

Jelasnya , apabila kerajaan menurunkan harga minyak satu mekanisme penurunan harga makanan perlu dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati kuasa beli yang lebih tinggi seterusnya dapat menjana ekonomi negara.

Jadi tidak perlulah tunggu sehingga sebulan untuk turunkan harga minyak sepatutnya harga minyak diturunkan mulai 1 Ogos 2008."


Pak Lah akan umumkan penurunan harga minyak apabila pilihanraya kecil permatang pauh akan berlaku, so konon rakyat akan lega dan sokong BN le....
Pak Lah oi, rakyat sudah tidak bodoh...

Chelsea vs Pilihan Malaysia…

Perlawanan antara kedua-dua team menunjukkan perbezaan yang ketara. Chelsea dikenali ramai sebagai pasukan kelab Inggeris yang dikenali di seluruh dunia. Beberapa nama besar seperti Peter Cech, Frank Lampard, John Terry, Ricardo Carvalho, Essien, dan sebagainya. Tidak lupa juga nama-nama baru seperti Dos Santos, Ivanovic. Pemain yang baru menyertai mereka, Deco turut turun.

Pilihan Malaysia pula diwakili oleh pemain yang konon terbaik di Malaysia. Kenapa aku kata KONON??? Sebab ntah apa2. Aku rasa yang patut still dalam team Malaysia ialah Helmi sebagai goalkeeper, norhafiz, S.Subramaniam, Sarfizan Hashim. Kat tengah, Hardi Jaafar, Shukor Adan, Amirulhadi memang sesuai disamping Khyril Muhaymen dan Badrul Baktiar ke kat winger. Striker xde yang bagus. Adik beradik aidil n zakuan tidak bermain dengan baik, yang defender tu asyik terjah org, yang striker xde pape percubaan berbahaya. Aku rasa permilihan indraputra, hairuddin omar, Fauzi nan tidak perlu berada dalam team Malaysia.

Teguran Scolari tentang mutu padang di Malaysia sepatutnya mendapat perhatian pihak berkaitan, bukan sahaja pihak stadium shah alam, malah stadium yang lain. Macam mana kita nak jadi negara kuasa besar bolasepak seperti brazil, argentina, jerman jikalau mutu padang teruk??? Aku rasa saranan Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor untuk mengkorperatkan bolasepak Selangor, adalah saranan yang wajar dan patut dilakukan.

Bolasepak kita xkan kemana2 jika pemain kita hanya bermain kerana duit.

Kekalahan 2-0 pada malam itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana Malaysia tidak mampu membolosi gol Chelsea. Aku rasa lebih baik Malaysia x pyh antar team ke mana2 pertandingan, buat abis duit rakyat. Lebih baik duit itu digunakan untuk mengurangkan keperitan rakyat.