Saturday, November 15, 2008

UPSR...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan UPSR telah dikeluarkan 13hb November lepas. Dan seperti biasa, peratusan lulus serta cemerlang dalam peperiksaan tersebut naik berbanding tahun lepas @ keputusan yang terbaik dalam masa 5 tahun seperti yang dicanang oleh media serta pihak bertanggungjawab.
Diumumkan juga, penguasaan bahasa inggeris meningkat. Seperti biasa, ramailah pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tersebut. Salam tahniah buat mereka. Namun seperti biasa, secara logiknya peratusan keputusan UPSR tersebut tidak pernah jatuh @ kurang berbanding tahun sebelumnya. Bermakna secara logiknya, setiap tahun pelajar kita lebih cemerlang berbanding dengan pelajar tahun sebelumnya. Teringat aku bila aku ambil UPSR pada tahun 1996. keputusan aku tidak la boleh dibanggakan, 1A, 2B dan 1C@D. dan seperti biasa, yang C@D itu adalah bahasa inggeris. Alhamdulillah, walaupun keputusan itu tidak cemerlang, aku dapat juga segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Persoalannya, benarkah pelajar kita dewasa kini makin cemerlang dari pelajar sebelum mereka?
Seperti pendapat aku serta pendapat pengirim komen di akhbar Sinar Harian edisi Utara 14hb November lepas, gred @ aras untuk A mungkin dikurangkan kepada 70 @ 75 markah berbanding 80 markah pada kebiasaannya. So ada elemen penipuan yang sebenarnya ingin memberitahu rakyat bahawa system pengajaran di Malaysia semakin baik dari tahun ke tahun.
Dan peningkatan penguasaan bahasa inggeris dalam UPSR tahun ini dijadikan kayu ukur kejayaan pelaksanaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris seperti yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia walaupun ada beberapa aspek yang perlu disemak dan ditambah atau dibuang. Namun hakikatnya pelaksanaan system pelajaran tersebut ditolak oleh ramai golongan cendikiakawan, guru-guru serta ibu bapa.
Biar apapun bahasa yang kita gunakan, kita tetap akan berjaya jika kita berusaha. Lihatlah seperti orang Jepun, mengagungkan bahasa mereka dan mereka berjaya. Begitu juga orang German, Perancis dan negara-negara lain.
Kesimpulannya, keputusan cemerlang dalam UPSR tidak menjadi kebanggaan seperti zaman aku dahulu. Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tidak berjaya meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Seharusnya guru bahasa inggeris yang perlu berusaha mendidik murid-murid mereka agar memahami dan mengaplikasikan bahasa inggeris tersebut dalam aktiviti seharian di samping galakan dari ibu bapa.

Tuesday, November 4, 2008

Aktiviti Mengai Ikan...

Srkg ni kat titi serong dan kawasan sekitarnya dipenuhi oleh pemegai ikan puyu, keli, haruan dan tidak lupa juga ikan temekong yg orang x makan. Kalau ronda dari lepas asar sehingga menjelang maghrib, dapat dilihat masyarakat kampong menjalankan aktiviti yang menghiburkan ini. Aku juga tidak keberatan turut sama mengai ikan, tapi banyak dapat ikan temekong ja tp alhamdulillah, aku amik juga sebagai makanan untuk ikan keli yg aku bela.

Ada beberapa umpan yang digunakan. Keutamaan pemegai ialah menggunakan cengkerik. Tidak lupa juga udang dan cacing tanah. Ada jugak aku dok tengok ada sorang budak ni gunakan anak ikan sepat sebagai umpan, namun tiada ikan yang nak makan sebab anak ikan sepat tersebut terlalu besar untuk mulut ikan puyu. Hehehe…

Aktiviti ini akan diteruskan sehingga musim menuai kerana ketika musim menuai, air parit akan cetek dan aktiviti menggagau ikan sepat dilakukan. Aktiviti ini lazimnya akan disertai oleh rakyat yang berpengalaman dan bukn orang macam aku. Tidak lupa jugak, aktiviti menjala juga dilakukan ketika musim tersebut.

Sedikit sebanyak, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan rakyat dalam kampong.

Jom esok kita p mengai lagi… heheheehee