

MB Perak Darul Ridzuan yang SAH, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar bin Jamaluddin telah berkesempatan menemui rakyat jelata di Titi Serong pada hari ini, 10hb Mac 2009 pada jam 3 petang dan kemudiannya malam nanti bersama seorang lagi penceramah, antara Saudara Salahuddin Ayub atau Saifuddin Nasution kerana maklumat yang aku dapat dari lapangan ceramah tadi kurang jelas, antara maklumat yang dicetak dan diberitahu secara lisan oleh YB Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.
Alhamdulillah, hari ini aku dapat melihat dengan jelas wajah, perwatakan serta cara beliau berceramah, berhadapan dengan para pendengar beliau. Tutur kata yang jelas, sopan, tersusun dan sebagainya membuatkan aku tetap menunggu walaupun terik mentari menyinar membahang tubuh aku ni... hehehehe... beberapa Blogger@Perak juga kelihatan pada ceramah tersebut, tetapi for sure, depa x kenai la kat aku. Ucapan tahniah untuk depa kerana sanggup berkorban dalam melaporkan kebenaran yang dianaktirikan oleh media-media elektronik khususnya.
Antaranya ialah kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang SAH menurut Perlembagaan Perak, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO dan sekutunya dalam menuruti nafsu mereka. Turut diselitkan ialah kronologi kisah yang berlaku dalam tragedi politik di Perak, dari awal pemerintahan di mana kesetiaan beberapa pegawai kerajaan Perak diragui oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR), perjumpaan Najib Mongolia dengan Yang Mulia Sultan Perak yang menyalahi undang-undang kerana beliau tidak bersama dalam perjumpaan tersebut.

TQ Bro n Sis... ;-)
