Wednesday, March 11, 2009

MB Perak Di Titi Serong II...


Assalamualaikum…

Pertama sekali aku mintak maaf kat sya sebab aku x kenai dia, al maklum la aku bukan la orang kenal sangat, depa pn x kenai aku, cenangau ka, al-banjari ka, MSK ka, Sya ka mana depa kenai aku, tapi kehadiran depa kecuali cenangau kat Markas Tarbiyyah PAS Titi Serong membolehkan aku nmpak depa dengan lebih dekat, mendekati para reporter dari Blogger@Perak secara lebih dekat. Ternyata kerdilnya aku sebab amik gambar pakai handphone ja, tapi depa guna SLR dan Camcorder… Huhuhu… Apa2pun tahniah aku ucapkan pada depa sebab sanggup turun padang untuk mencari bahan berita yang telus dan penuh kebenaran… ;-)

Setelah aku turun mendengar ceramah dari MB Perak pada petang semalam, sekali lagi aku turun pada malamnya untuk sama-sama merasai kehangatan suara rakyat dalam memperjuangkan kebenaran. Malam itu, antara yang menyampaikan ceramah ialah YDP PAS Parit Buntar, Ayahanda Haji Harun, YB Titi Serong, Ah Bee iaitu wakil kelab penyokong PAS Bagan Serai, Saifuddin Nasution dan MB sendiri.

Aku tertarik dengan ucapan awal Ah Bee yang bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana diberikan peluang berucap pada malam itu. Tersentak aku dan para hadirin yang lain bila Ah Bee ni mulakan ucapan dia mcm tu, tetapi itulah, bila mana orang menghormati pegangan agama orang lain, itu yang sebenarnya perlu dilakukan oleh kita semua. Ah Bee juga memberitahu sebab dia menyokong PAS. Antaranya dia bagitau pada dia, PAS ialah Perpaduan Antara Semua (PAS).

YB Titi Serong pula mengulangi apa yang diperkatakannya pada petang tadi, Cuma dihadkan kepada dua contoh penderhakaan UMNO kepada Institusi Raja kerana masa tidak mengizinkan. Namun tona kata yang bersemangat beliau pada malam itu membuatkan aku terus bersemangat menunggu… ;-)

Ahli Parlimen Machang, Saudara Saifuddin Nasution pula melaporkan kandungan bajet mini 2009 yang dibentangkan oleh Najib Mongolia pada sidang Parlimen pada siang hari tadi. Aku pun akui, sememangnya bajet ini dibentangkan untuk mengurangkan dan menyekat sementara kenaikan barang-barang makanan seperti gula, tepung dan sebagainya. Dan sudah tentu, peruntukan dari bajet mini tersebut akan menjana keuntungan besar kepada Tauke2 Cina di Malaysia. Apa yang diperoleh oleh rakyat adalah kecil berbanding dengan keuntungan yang diperoleh oleh Tauke2 tersebut. Inilah sebenarnya yang diinginkan oleh depa, nak bagi untung kroni2 depa. Namun, sesuatu yang memeranjatkan aku ialah kelulusan 10 lesen judi “special draw” oleh Najib Mongolia pada Oktober 2008 yang mana menjana cukai judi lebih dari RM77 Juta dan hasil janaan tersebut dikhabarkan akan digunakan untuk kesihatan, pembangunan dan pendidikan untuk rakyat. Alamatnya sapa yang dapat duit ni guna duit haram untuk belajar, maka x berkat la depa after graduate or sebagainya… Huhuhuhu… Namun itulah yang tidak dilihat oleh kerajaan BN la ni, xdak halal dan haram, mana yang dapat kira ok la, tapi pada aku, ianya sesuatu yang amat dikesali kerana wang haram dilaburkan untuk rakyat. X berkat la hasilnya. Hope2 aku dan rakyat yang lain tidak menerima tempias duit haram ini.

Dalam pada itu, AP dari Machang juga membongkarkan kisah fail sulit PDRM berkenaan keterangan dari 2 Plantif kes pembunuhan Altantuya yang bocor dan disiarkan dalam akhbar perdana Perancis dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan yang aku x sempat nak beli… huhuhu… Persoalan yang timbul ialah mengapa fail sulit itu boleh sampai kepada akhbar berkenaan dan apabila ditanya kepada Menteri Luar mengenai perkara ini, menteri tersebut tidak menjawabnya. Kira betul la laporan akhbar Perancis tu kan, klu x sure Kerajaan Malaysia akan sue akhbar berkenaan. Beberapa lagi pendedahan isu pemberian tanah kepada orang cina yang dibangkitkan oleh UMNO ditangkis oleh AP Machang ini. Antaranya beliau musykil kenapa pemberian tanah kepada orang cina di Perak diperbesar-besarkan dan menjadi isu yang panas sedangkan UMNO juga memberi tanah kepada tauke2 cina di Genting Highland, Bukit Tinggi, Bukit Bintang, Pulau Pangkor dan sebagainya. Salahkan kerajaan PR Perak memberikan tanah kepada orang cina yang miskin yang telah menduduki tanah itu selama lebih 60 tahun sedangkan UMNO memberikan tanah2 dalam jumlah yang banyak kepada tauke2 cina. Di manakah keadilan yang sebenarnya? Sepatutnya UMNO malu dengan tindakan depa yang mengorbankan tanah rizab melayu kepada tauke2 cina tersebut. Satu lagi ialah strategi UMNO yang akan memainkan isu 3R (Race, Religion and Royal @ Kaum, Agama dan Raja). Tak percaya??? Percaya atau tidak, tunggu saja di Bukit Gantang kelak ;-). Itu ja yang aku ingat Saudara Saifuddin kata, biasa la aku mana la bawak pen, kertas or Camcorder… huhuhuhu… :-(

Dalam pada itu, individu yang paling ditunggu pada malam itu tentulah MB Perak yang SAH, Datuk Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin yang memuncakkan ceramah pada malam itu dengan jayanya. Ceramah yang dimulakan dengan sepotong ayat dari Al-Quran membuatkan hati aku terdetik berkata dalam hati, “dialah pemimpin yang aku tunggu-tunggu”. Dengan penuh semangat, beliau menerangkan kenapa perlu rakyat marah dan benci kepada UMNO dan 5 individu (Najib, Zahid, penasihat undang2 perak, s/u perak dan sapa ntah sorg lagi). Seronok aku bila dengaq MB dengan penuh semangat mengajak pendengar beliau yang masih menyokong UMNO agar berhenti menyokong parti yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara itu. Tambahan beliau, rakyat perlu bersatu hati dalam menenggelamkan Najib Mongolia dengan membantu jentera di Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil nanti dengan memenangkan PAS dan mengkafankan UMNO di tempat tersebut.

Ceramah yang dimulakan lebih kurang pada jam 10 malam itu tamat pada jam 12.30 tengah malam dengan kepulangan para penceramah ke destinasi yang tidak aku ketahui. Hehehehe…

Akhir kalam, ceramah yang dihadiri oleh ribuan rakyat (dlm al-banjari dikatakan 15 ribu rakyat yang mai) sehingga memenuhkan ruang Markas yang luas itu dan melimpah hingga ke luar dari kawasan markas terbabit membuktikan sokongan rakyat yang kuat khususnya kepada MB Perak yang SAH dan Pakatan Rakyat pada amnya. Moga gelora sokongan rakyat ini akan menumbangkan kerajaan haram Perak tidak lama lagi…

Salam reformasi untuk semua rakyat… ;-)

Hadapi Dengan Senyuman… ;-)

Note: Nak puji YB Tebok Haji Musa a.k.a ketua kampung aku, Haji Said bin Ismail yang aku rasa seorang pemimpin yang baik kerana beliau boleh menjadi Imam, Khatib, Ketua Kampung, Ketuai talkin orang yang meninggalkan bahkan mampu mengubati penyakit misteri dengan bantuan kalam suci dari Al-Quran… ;-)

p/s: kepada cenangau aku sememangnya bukan ThatGuy kerana aku adalah aku. ;-)

kepada semua blogger@Perak, teruskan usaha hangpa… ;-)

Tuesday, March 10, 2009

MB Perak Di Titi Serong...









MB Perak Darul Ridzuan yang SAH, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar bin Jamaluddin telah berkesempatan menemui rakyat jelata di Titi Serong pada hari ini, 10hb Mac 2009 pada jam 3 petang dan kemudiannya malam nanti bersama seorang lagi penceramah, antara Saudara Salahuddin Ayub atau Saifuddin Nasution kerana maklumat yang aku dapat dari lapangan ceramah tadi kurang jelas, antara maklumat yang dicetak dan diberitahu secara lisan oleh YB Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

Alhamdulillah, hari ini aku dapat melihat dengan jelas wajah, perwatakan serta cara beliau berceramah, berhadapan dengan para pendengar beliau. Tutur kata yang jelas, sopan, tersusun dan sebagainya membuatkan aku tetap menunggu walaupun terik mentari menyinar membahang tubuh aku ni... hehehehe... beberapa
Blogger@Perak juga kelihatan pada ceramah tersebut, tetapi for sure, depa x kenai la kat aku. Ucapan tahniah untuk depa kerana sanggup berkorban dalam melaporkan kebenaran yang dianaktirikan oleh media-media elektronik khususnya.

Antara yang disebutkan oleh Datuk Seri Ir. Mohd Nizar bin Jamaluddin tadi lebih kepada penerangan tentang apa yang berlaku di Perak, nafsu yang jahat dari UMNO dan sekutunya meletakkan kepuasan mereka di atas dan perlembagaan Perak di bawah dan sebagainya.
Antaranya ialah kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang SAH menurut Perlembagaan Perak, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO dan sekutunya dalam menuruti nafsu mereka. Turut diselitkan ialah kronologi kisah yang berlaku dalam tragedi politik di Perak, dari awal pemerintahan di mana kesetiaan beberapa pegawai kerajaan Perak diragui oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR), perjumpaan Najib Mongolia dengan Yang Mulia Sultan Perak yang menyalahi undang-undang kerana beliau tidak bersama dalam perjumpaan tersebut.

Turut disentuh oleh beliau ialah penyalahan kuasa oleh SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil untuk dua DUN yang mana YB depa telah menandatangani surat perletakan jawatan dan dihantar kepada Speaker DUN Perak. Juga kebodohan Pak Lah dalam meminta ahli UMNO untuk membuat laporan polis atas tindakan Speaker DUN Perak yang mengantung khidmat MB Perak dan barisan Exconya selama 18 dan 16 bulan. Pada aku, mungkin ketika Pak Lah bercakap tentang isu tersebut, Pak Lah ni baru bangun dari tido kot, sebab tu la dia bercakap or bagi statement tanpa merujuk kepada Perlembagaan Perak atau Malaysia. Hahahahaha... tergelaksakan aku bila diackp dl kat ahli UMNO untuk buat report polis. Hehehehe...

Turut bersama dalam ceramah tersebut semestinya YB ADUN aku. Beliau memberi 15 fakta tentang derhakanya UMNO pada institusi Raja di Malaysia. Antaranya kes di Terengganu yang mana ditulis di poster “Sultan Natang ” yang desediakan oleh para penyokong UMNO kerana membantah perkenan Sultan untuk melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Penyokong tersebut mahu Idris Jusoh kekal menjadi MB depa. Situasi yang sama juga berlaku di Perlis. Tetapi seperti biasa,isu tersebut tidak dimainkan dalam tv. Nampak sangat la wei tv berat sebelah. Hahahaha...

Takat ni dulu kot, x sabar rasanya nak tunggu ceramah malam ni. Kepada Mat Saman Kati, Al-Banjari dan awek yang aku x kenal tu, tahniah kerana pengorbanan dan usaha hangpa dalam memberikan informasi yang benar lagi telus dari lapangan ceramah di Titi Serong. Kedatangan hangpa amatlah aku alu-alukan... hehehehe...



TQ Bro n Sis... ;-)

Hadapi Dengan Senyuman... ;-)


Monday, March 9, 2009

PPSMI...


PPSMI... Isu yang sedang hangat diperkatakan. Samada oleh blogger, media prima, RTM dan sebagainya. Kali ini aku nak kongsikan pengalaman menjadi guru sementara di sebuah sekolah menengah di utara tanah air...

Aku ditugaskan menganti seorang cikgu yang bercuti kerana bersalin, subjek yang beliau ajar ialah matematik dan sains. So kena la aku ajar subjek tu. Kebetulan kedua-dua subjek berkenaan memerlukan aku mengajar dalam bahasa Inggeris dan aku memulakan pengajaran hari pertama aku dengan speaking r. Namun yang dikesali, speaking aku itu tidak didengari secara jelas @ tidak difahami @ apa2 je la, lastly ada antara pelajar itu yang bagitau aku untuk mengajar dalam bahasa Malaysia sebab depa x faham speaking aku tu... hehehehe...

So adakah salah guru-guru bahasa Inggeris yang mengajar mereka sebelum ini tidak melaksanakan tanggungjawab depa dengan baik? Atau pelajar-pelajar tersebut yang perlu dipersalahkan kerana tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik?

Ketika aku menjadi pelajar sekolah menengah, aku belajar semua dalam bahasa Malaysia kecuali bahasa Inggeris itu sendiri. Hehehehe... dan ketika di universiti, aku diterapkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris keseluruhannya kecuali subjek agama. Aku tidak merasakan ianya menjadi satu masalah kerana GPA aku untuk first sem diploma aku ialah 3.57. Kekurangan penguasaan dalam bahasa Inggeris aku terbukti tidak merencatkan kecemerlangan aku.

Kesimpulan sementara untuk isu
PPSMI ini, aku rasa Menteri Pelajaran perlu turun ke padang, menjadi guru sekurang-kurangnya seminggu dan mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Melayu khususnya dan setelah abis seminggu tersebut, buatlah ujian untuk menguji tahap pemahaman mereka. Aku gerenti 50% pun depa x dapat cabai, unless budak2 yang diajar itu dari kelas rancangan khas.

Akhir kalam, jangan cepat melatah, turun ke padang dan alami sendiri masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Janganlah dok buat sidang media, @ wait orang bawah untuk bagi laporan. Orang Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya berjaya walaupun depa guna bahasa depa sendiri. Jangan hanya memperjuangkan martabat Melayu dan kedaulatan Raja Melayu kalau masalah PPSMI ini tidak diselesaikan segera.


*tanyalah guru diperingkat akar umbi untuk mengetahui masalah sebenar pelajar-pelajar, jangan ditanya pada pegawai yang selesa duduk di atas kerusi di pejabat yang berhawa dingin.
*jangan hanya syok sendiri berkata prestasi pelajar dalam
UPSR, PMR dan SPM meningkat ketika PPSMI diterapkan dalam sistem pendidikan kerana rakyat seantero Malaysia bukan rakyat yang bodoh dan boleh ditipu lagi seperti dahulu.


Sekian, terima kasih...


Hadapi Dengan Senyuman ;-)

Saturday, November 15, 2008

UPSR...

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan UPSR telah dikeluarkan 13hb November lepas. Dan seperti biasa, peratusan lulus serta cemerlang dalam peperiksaan tersebut naik berbanding tahun lepas @ keputusan yang terbaik dalam masa 5 tahun seperti yang dicanang oleh media serta pihak bertanggungjawab.
Diumumkan juga, penguasaan bahasa inggeris meningkat. Seperti biasa, ramailah pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tersebut. Salam tahniah buat mereka. Namun seperti biasa, secara logiknya peratusan keputusan UPSR tersebut tidak pernah jatuh @ kurang berbanding tahun sebelumnya. Bermakna secara logiknya, setiap tahun pelajar kita lebih cemerlang berbanding dengan pelajar tahun sebelumnya. Teringat aku bila aku ambil UPSR pada tahun 1996. keputusan aku tidak la boleh dibanggakan, 1A, 2B dan 1C@D. dan seperti biasa, yang C@D itu adalah bahasa inggeris. Alhamdulillah, walaupun keputusan itu tidak cemerlang, aku dapat juga segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Persoalannya, benarkah pelajar kita dewasa kini makin cemerlang dari pelajar sebelum mereka?
Seperti pendapat aku serta pendapat pengirim komen di akhbar Sinar Harian edisi Utara 14hb November lepas, gred @ aras untuk A mungkin dikurangkan kepada 70 @ 75 markah berbanding 80 markah pada kebiasaannya. So ada elemen penipuan yang sebenarnya ingin memberitahu rakyat bahawa system pengajaran di Malaysia semakin baik dari tahun ke tahun.
Dan peningkatan penguasaan bahasa inggeris dalam UPSR tahun ini dijadikan kayu ukur kejayaan pelaksanaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris seperti yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia walaupun ada beberapa aspek yang perlu disemak dan ditambah atau dibuang. Namun hakikatnya pelaksanaan system pelajaran tersebut ditolak oleh ramai golongan cendikiakawan, guru-guru serta ibu bapa.
Biar apapun bahasa yang kita gunakan, kita tetap akan berjaya jika kita berusaha. Lihatlah seperti orang Jepun, mengagungkan bahasa mereka dan mereka berjaya. Begitu juga orang German, Perancis dan negara-negara lain.
Kesimpulannya, keputusan cemerlang dalam UPSR tidak menjadi kebanggaan seperti zaman aku dahulu. Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tidak berjaya meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Seharusnya guru bahasa inggeris yang perlu berusaha mendidik murid-murid mereka agar memahami dan mengaplikasikan bahasa inggeris tersebut dalam aktiviti seharian di samping galakan dari ibu bapa.

Tuesday, November 4, 2008

Aktiviti Mengai Ikan...

Srkg ni kat titi serong dan kawasan sekitarnya dipenuhi oleh pemegai ikan puyu, keli, haruan dan tidak lupa juga ikan temekong yg orang x makan. Kalau ronda dari lepas asar sehingga menjelang maghrib, dapat dilihat masyarakat kampong menjalankan aktiviti yang menghiburkan ini. Aku juga tidak keberatan turut sama mengai ikan, tapi banyak dapat ikan temekong ja tp alhamdulillah, aku amik juga sebagai makanan untuk ikan keli yg aku bela.

Ada beberapa umpan yang digunakan. Keutamaan pemegai ialah menggunakan cengkerik. Tidak lupa juga udang dan cacing tanah. Ada jugak aku dok tengok ada sorang budak ni gunakan anak ikan sepat sebagai umpan, namun tiada ikan yang nak makan sebab anak ikan sepat tersebut terlalu besar untuk mulut ikan puyu. Hehehe…

Aktiviti ini akan diteruskan sehingga musim menuai kerana ketika musim menuai, air parit akan cetek dan aktiviti menggagau ikan sepat dilakukan. Aktiviti ini lazimnya akan disertai oleh rakyat yang berpengalaman dan bukn orang macam aku. Tidak lupa jugak, aktiviti menjala juga dilakukan ketika musim tersebut.

Sedikit sebanyak, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan rakyat dalam kampong.

Jom esok kita p mengai lagi… heheheehee

Thursday, October 30, 2008

Alahai Kerajaan Negeriku...

Bila membaca beberapa blog popular seperti Bro MSK, pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan PR Perak diketengahkan satu persatu. Dari isu setpol MB, isu pasir, isu pasar malam, isu Ahli Majlis Daerah dan sebagainya. Mungkin benar kata Bro MSK tentang semua isu itu, orang baru mula memerintah, so x berapa tau lagi protocol, cara2, adab dan sebagainya. Pada aku, MB Perak memang bagus, namun jika orang di bawah beliau tidak bagus, aku jangkakan kerajaan PR Perak akan hanya bertahan 1 penggal.

So diharapkan apabila kritikan dan teguran dari rakyat bawahan ini dapat didengari oleh pemimpin. Dan jika teguran itu didengar, ambillah tindakan yang terbaik untuk menutup mulut serta tangan-tangan menaip kami dari mengkritik dan menegur mereka. Perkasakanlah pentadbiran dan menjadi kerajaan yang berwibawa.

Tentang Harga Minyak...

Harga minyak dunia berada pada paras kurang USD70 setong. Beberapa hari lepas, harga tersebut menjunam ke tahap minimum (USD61 setong). Namun, penurunan harga petrol di Malaysia untuk kali keempat masih belum diumumkan lagi. Pak Mail, Mak Jenab yang dok kg dan yang x guna moto @ keta pun tahu, sengal betul kerajaan ni. Bila nak naik harga, x payah tunggu awal bulan. Tapi bila nak turun, kena tunggu awal bulan la. Ada mekanisma untuk mengkaji harga minyak la dan macam2 alasan kerajaan. Dulu bila ada blogger yang keluarkan fakta berkenaan subsidi minyak yang sebenarnya ditanggung oleh rakyat bukan kerajaan, namun tiada respon dari pihak berwajib.

Dengan penurunan harga minyak, rakyat mengharapkan harga barang keperluan harian juga akan turun. Namun bila aku bisik2 dengan teman yang meniaga, memang harga barang turun, tetapi kuantiti barang itu dikurangkan. So macam x turun la. Seorang lagi teman berkata, tidak mungkin harga barang akan diturunkan.

Apa-apa pun, rakyat bawahan akan terus terseksa di bawah pemerintahan KERAjaan BN.