Thursday, July 24, 2008

Kes Berhampiran Tempat Aku...

From Utusan Malaysia

NIBONG TEBAL 23 Julai - Seorang pekerja kilang yang dipercayai kecewa dengan keretakan rumah tangganya bertindak membunuh dua anaknya berusia satu dan empat tahun, sebelum ditemui mati di sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.
Dalam kejadian menyayat hati itu, mayat Shaari Hamid, 34, dijumpai tergantung pada alang bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Berdekatan mayat Shaari ialah dua anaknya, Muhamad Shafril, 4, dan Nor Ameelia Shafiqah, 1, yang terbaring bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan mulut kedua-duanya berbuih.
Laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua kanak-kanak malang itu diracun oleh bapa mereka pada lewat malam tadi.
Utusan Malaysia difahamkan, polis turut menemui beberapa keping nota mengandungi luahan rasa kecewa Shaari mengenai masalah rumah tangganya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai bertindak membunuh kedua-dua anaknya dengan memberikan racun yang dicampur pada makanan atau minuman.
"Dia baru berpisah dengan isterinya kira-kira enam bulan lalu dan sedang dalam proses perceraian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, Shaari dan isteri, Norhanizah Ahmad, 27, tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu dan kedua-dua anak mereka duduk bersama ibunya di Kampung Titi Serong, Parit Buntar, Perak, dekat sini.
Keluarga terdekat mangsa memberitahu, Shaari mengambil kedua-dua anaknya dari rumah mertuanya kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Shafien berkata, kejadian tersebut disedari kakak Shaari yang datang ke rumah tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kakak mangsa terkejut melihat Shaari tergantung dalam sebuah bilik rumah tersebut lalu keluar mendapatkan pertolongan," jelasnya.
Beliau menambah, pemeriksaan polis mendapati, ketiga-tiga mangsa mati kira-kira tujuh jam sebelum mayat mereka ditemui.
Shafien berkata, polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh dan membunuh diri iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau memberitahu, kesemua mayat dihantar ke Hospital Besar Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Norhanizah yang ditemui di bilik mayat hospital memberitahu, suaminya itu ada menghubunginya Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk mengambil kedua-dua anak mereka.
"Tetapi saya tidak beri kebenaran sebaliknya memintanya (Shaari) mengambil anak-anak pada hari Sabtu kerana saya mahu meluangkan masa dengan mereka," katanya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Perai, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, tanpa pengetahuannya, Shaari mengambil Muhammad Shafril di rumah ibunya kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum mengambil pula Nor Ameelia Shafiqah yang dijaga oleh seorang pengasuh tidak jauh dari situ.
"Saya tidak tahu dia (Shaari) ada mengambil anak-anak dan hanya diberitahu ibu saya dan pengasuh berkenaan, tidak sangka pula dia buat begini," katanya yang sebak.



moga kita semua terhindar dari tindakan sedemikian...

Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah UMNO & PAS…

Percaturan yang baik dari Pak Lah dan konco2nya dalam usaha mengadakan muzakarah antara parti beliau dan PAS berkenaan dengan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Terdapat 2 tujuan yang aku dapat kesan di sini, pertama untuk menyatukan orang Melayu dan Islam, dan keduanya, memecahbelahkan PAS.

Seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Harakah Daily, "PAS perlu lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti”.

Muzakarah ini mungkin menyebabkan perpecahan dalam PAS. Walaupun aku bukan orang PAS, namun arwah bapak aku pejuang PAS sejati. Sampaikan time kalah 3-0 dalam pilihanraya ke 11 2004, seminggu x keluar rumah kerana malu. Sebab di kala itu, PAS terlalu yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN. So berbalik soal muzakarah ini, pada aku, samada berlaku @ tidak muzakarah ini, tidak penting, kerana pada aku muzakarah ini hanyalah taktik politik Pak Lah dan org Tingkat 4. So just be as usual je, bila ada, dengar je, jangan amik port sangat.

Aku yakin perpecahan dalam PAS xkan berlaku. Jikalau berlaku sekalipun, orang2 PAS xkan masuk UMNO, namun akan beralih kepada parti Pakatan Rakyat yang lain. So cita2 Pak Lah tido tu xkan Berjaya…

Marilah kita mempertahankan Islam sejati untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara…

Monday, July 21, 2008

Hydrofuel, Satu Alternatif Untuk Rakyat @ Untuk Mengkayakan Kroni???


Dalam minggu ini, boleh dikatakan setiap hari berita mengenai sistem “Hydrofuel” dipaparkan di media2 setelah Pak Lah meluluskan RM100 Juta ringgit bantuan untuk pemasangan sistem alat tersebut di kereta rakyat2 Malaysia.

Pekebenda “Hydrofuel” ini? Sebenarnya sistem ini telah mula diperkenalkan di negara kita dalam setahun yang lepas atas inisiatif dan kajian oleh Dr. Halim seorang anak tempatan. Kebanyakan rakyat tahu tentang sistem ini apabila ianya pertama kali diperkenalkan dalam berita di TV3. Aku pun tau time tu.

Kalau dilihat, sistem ini diperkenalkan sebagai alternatif rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan untuk petrol sehingga 50%.

Hydrofuel merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas Hydrogen. Air disalurkan daripada tangki 5 liter yang terletak di belakang kereta ke dalam bekas yang diletakkan di dalam enjin oleh pihak Hydrofuel. Bekas inilah merupakan nadi utama Hydrofuel bagi menghasilkan Hydrogen. Tangki 5 liter ini boleh digunakan untuk kegunaan sejauh 2000KM. Elektrolisis berlaku menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.

Proses elektrolisis ini menghasilkan gas Hydrogen dan disalur terus ke dalam enjin melalui sistem kemasukan udara “air-intake” dan melalui penapis udara “air filter” seperti biasa. Alat ini tidak akan menyebabkan enjin kereta anda rosak kerana gas Hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran .Alat ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan berkapasiti 2000cc kebawah (source from http://kereta.info/hydrofuel-2/).

Dengan adanya teknologi ini, ianya sedikit sebanyak bakal mengurangkan keperitan rakyat selaras dengan kenaikan minyak yang mendadak beberapa minggu lepas. Namun persoalan yang ingin ditimbulkan ialah adakah kenaikan harga minyak disebabkan oleh kerajaan ingin memperkenalkan sistem ini. Kerana sudah pasti, jika harga minyak masih pada paras dulu, maka rakyat kurang menggunakan sistem ini.

Namun persoalan itu adalah cetusan logik akal aku saja. Terserah kepada semua rakyat untuk menilai. Apa2pn, tahniah untuk Dr. Halim yang membanggakan negara kita atas ciptaan beliau ini.

Sunday, July 20, 2008

Selamat Datang Ke Titi Serong...

Assalamualalaikum...
salam ukhwah penuh kemesraan untuk teman2 di alam maya...
InsyaALLAH blog sederhana aku ini akan membawa isu-isu semasa yang digarap dan dikomentarkan dari pandangan peribadi aku sebagai seorang rakyat Malaysia.
Moga ianya akan menjadi rujukan kepada teman2 untuk menjadi rakyat yang berpegang kepada ajaran Islam sejati, mempertahankan negara Malaysia agar menjadi negara yang bebas dan adil serta aman makmur.