Tuesday, September 16, 2008

16 September 2008...


Hari ini, 16 September 2008 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana dikhabarkan, kerajaan BN akan ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan PR. Namun khabar ini terlalu indah dari khayalan. Pertukaran kerajaan tidak berlaku. Dan bersuaralah beberapa individu yang tentulah gembira dengan perkara ini. Pertamanya ialah Pak Lah yang berkata semua ini adalah sandiwara politik Anwar je, “selepas satu tarikh, satu tarikh lain pula akan ditimbulkan”, begitulah antara Pak Lah dalam berita mlm ni. Dan Pak Lah juga enggan menerima kunjungan Anwar sebab takut kot, lagipun muka dia dh lain je aku tgk tadi.

Sorg lagi Najib Mongolia. Dia cukup gembira, “hari ini ialah 16 September, namun kerajaan BN masih lagi memerintah”, kata mamat Mongolia ni dengan seronoknya…

Kemudian bila aku balik terawih, ada lak program pe ntah kat tv1 yang sengal tu, ada 3 org Ahli Parlimen menjadi panel, sorg si Ibrahim Ali, sorg AP Muar dan sorg lagi AP kat Sabah. Semuanya sembang tentang pertukaran kerajaan yang x berlaku pada hari ini. Kerana ini hanyalah mainan politik sahaja, 31 AP BN yang akan melompat tidak ada. Itulah kata2 depa. Tup2 ada mamat dari sabah tepon, ckp pasal lompat parti, kan dulu PBS lompat p BN, mamat tu ckp, time tu xdak pulak BN kata tindakan itu salah, x bermoral. Then pengerusi rancangan tu dok bz nk potong ayat mamat tu n disconnect phone call dia. Apa punya tur la. X berani tol. Muka pn dah lain je si chairman tu.

Apa2pn, Anwar x ckp 16 September ni tahun berapa, mungkin tahun 2008, mungkin tahun 2009 dan mungkin tahun2 lain. Mungkin 16 September ni x berlaku kerana ada AP yang p bt lawatan sambil belajar ke Taiwan yang juga mengeletek perut aku. Xkan sampai berpuluh2 AP p untuk belajar. P menteri berkaitan sudah le, balik nanti Menteri tu buat la course lak, x rugi duit rakyat berjuta2. at least time tu kita tau la, menteri tu p belajar ka p main2 @ honeymoon.

So aku rasa peralihan kerajaan pasti akan berlaku tidak lama lagi, paling lewat pada PRU13, namun yang pasti, rakyat seperti aku ini inginkan sebuah kerajaan yang adil, telus dan merdeka serta mampu menguruskan duit rakyat dengan sebaiknya. Sudah la Pak Lah, cukup2 la bolot semua duit rakyat. P la tidoq puas2…

Friday, September 12, 2008

Rencah Politik Malaysia...


Antara berita yang dimuatkan malam ni di bernama TV ialah kes Raja Petra Kamarudin (RPK) telah ditahan menggunakan ISA kerana dipercayai boleh menimbulkan ketidaktenteraman dalam negara, begitulah antara maksud ulasan dari Menteri Dalam Negeri, Pak Hamid. Bila terdengar ulasan tersebut, nak tergelak dan geram aku. Tergelak kerana alasan penahanan tersebut x logic tol, kerana artikel yang kononnya menghina Nabi Muhammad S.A.W disiarkan diblog beliau. Xkan Pak Hamid xtau, artikel tu bukan RPK tu yang tulis, Cuma ada kat blog dia je. Yang geramnya, Datuk Ahmad Ismail x kena lak ISA, padahal memang dia lantang mencetuskan perkauman kaum di Malaysia. Dan UMNO hanya mampu mengantung keahlian mamat tu 3 tahun je, awat x buang je? Atau ada agenda tersembunyi di sebalik drama perkauman ini??? Bermula dengan ceramah mamat tu yang mencetuskan isu, najib mengolia mintak maaf bagi pihak mamat tu, then Pak Lah pulak. Last2 mamat tu x ngaku salah, abis penyokong mamat tu koyak gmbr Koh Soo Kun pulak. Berperang lak depa lak. Dan hari ini, isu ini tidak lagi menjadi topic hangat dalam berita jam 8mlm.

Kemudian kisah kapal MISC yang dirampas oleh lanun. Persoalannya, betul ka kejadian itu terjadi? Xkan hanya kerana 1sms dari anak kapal MISC tersebut kepada aweknya je bukti kapal tu dirampas lanun? Kat laut mana boleh guna HP biasa, unless guna tepon satelit or radio amatur, tapi mana la mendalah 2 tu ada function sms. X logic tol. Lagi 1, kenapa tidak ada berita joint venture antara kerajaan kita ngn kerajaan dekat laut yg kapal MISC kena rampas tu? Tup2 ari ni Najib Mongolia bagitau proses pembebasan anak2 kapal sedang diusahakan dan sudah menampakkan kejayaan cket. Pesal lak x tunjuk video kapal tu ke, kedudukan kapal tu guna satelit ke, betul2 x logic.

2 3 ari epas gak, Muhayuddin gtau lak, Che Det nak masuk UMNO balik, dan membawa hasrat dari ahli peringkat bawah agar proses peralihan kuasa antara pak lah dan najib mengolia dipercepatkan. Dan komen pak lah ialah buat pe nak buka lagi isu ni, kan dah dipersetujui??? Memang la dah, tp itu antara majlis tertinggi je, bukan dari ahli2 bawah pak la hoi.. dengarlah rintihan rakyat bawahan ini kerana dari merekalah hg dapat mandat jadi PM Malaysia dulu.

Dan satu isu lagi yang best ialah kes Presiden PAS, Hadi Awang dan Timbalan beliau, Nasarudin yang x penah p mesyuarat bersama pimpinan tertinggi pakatan rakyat (PR) dalam semua mesyuarat yang diadakan. Yang ada p husam musa, Khalid jaafar, dan beberapa orang lagi. Awat xmau join bentuk kerajaan baru?? Takut x dapat pangkat ka? Kalau PAS x join PR, memang aku confirm PAS xleh menang byk, termasuk kat kawasan aku ni. Bagi aku, PAS x mampu menang banyak kalau bersendirian berjuang, dan jika PAS nak join UMNO, xkan la orang bodoh nak masuk lagi rumah yang tuannya telah menghalau kita dulu. X dapat pangkat pn xpe la, janji pak lah turun dan ekonomi negara kembali meningkat, harga minyak turun, negara aman dan bebas dari rasuah dan penyelewengan.

1 lagi yang aku geram ialah tulisan dari blog pemimpin muda PAS yang terlalu menulis ntah apa2 (http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/). aku tau la dia tu terer agama, x mcm aku, tapi jangan lah melihat semua org x betui dan dia ja yang betui. Aku tgk byk comment kat blog dia dari para blogger tegar, langsung dia x berani nak jawab, melainkan ada malaun lain yang tolong jawab menggunakan nama “annoy”. Lebih baik hg perkukuhkan pemuda PAS agar mampu kuat untuk melalui liku2 politik Malaysia ni. Aku bukan ahli PAS, tp aku penyokong PAS. So jangan biarkan orang macam aku ni lari join UMNO ke, PKR ke, DAP ke.

Wednesday, September 10, 2008

TQ YB...

Alhamdulillah, bulan ramadhan telah menjelma, sekarang sudah masuk hari yang ke 10 puasa. Alhamdulillah, aku masih mampu berpuasa...
Tujuan posting ni adlah untuk mengucapkan terima kasih kisih pada YB tmpat aku atas kesudian beliau mengedarkan banner sempena ramadhan dan juga datang untuk berterawih bersama rakyat kawasannya...
Terima kasih YB, dari aku rakyat Titi Serong.

banner yang dipasang di surau lebai muhammad



surat rasmi yang memaklumkan Yb akan datang berterawih di surau lebai muhammad pada 17&18 September 2008

Wednesday, September 3, 2008

Rasuah...




Saban hari sekarang dihidangkan dalam media2 tentang penangkapan beberapa orang yang didakwa memberi atau mengambil rasuah. Tidak kira pada puak2 BN atau puak2 PR. Sekejap kes rasuah dalam pemilihan UMNO, rasuah untuk projek perumahan di Perak kepada exco PR walaupun diketahui projek tersebut tidak wujud, rasuah di Puspakom dan sebagainya.

Adakah hidangan kes2 rasuah ini untuk menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan BN memang benar2 mahu menghapuskan rasuah yang betul2 wujud atau yang hanya direka dan dilakonkan???

Monday, September 1, 2008

16 September 2008, Satu Fakta @ Auta???




Bermula selepas PRU12 dihebohkan dengan desas desus ahli parlimen dari BN akan melompat untuk bersama barisan ahli parlimen pembangkang dan 16 September 2008 bakal mencatatkan sejarah pembentukan kerajaan baru dari kalangan ahli pembangkang sekarang dan menjadikan ahli-ahli parlimen yang setia kepada BN menjadi pembangkang pula di parlimen. Desas desus ini kedegaran saban hari, sehingga menjadi buah mulut di kalangan rakyat, termasuklah di DUN Titi Serong. Tidak kira samada di kedai kopi, surau, masjid, rumah dan tempat melepak warga muda, semuanya tidak lekang dari membincangkan desas desus ini. Adakah ianya fakta @ auta???

Jika ianya fakta, adalah diharapkan oleh rakyat agar kerajaan yang baru dibentuk kelak dapat memerintah secara adil dan tidak ada ketirisan dalam pentadbiran. Tidak lupa juga, kadar jenayah dan masalah muda mudi dapat dikurangkan di samping peningkatan semula ekonomi negara dan seterusnya mengurangkan kadar petrol yang membebankan rakyat jelata.
Jika ianya auta, adalah lebih baik perkara ini diconfirmkan segera agar rakyat tidak berasa tertipu dan seterusnya mengalihkan sokongan rakyat dari pakatan rakyat kepada BN semula. Namun ahli-ahli parlimen PR wajib meluahkan masalah dan keperluan rakyat kawasan mereka dalam parlimen.
Rakyat seperti aku perlukan pemerintah yang adil, tidak membuat ketirisan dalam perbelanjaan negara dan melaksanakan Undang-Undang Islam untuk semua umat Islam di Malaysia ini.