Bermula selepas PRU12 dihebohkan dengan desas desus ahli parlimen dari BN akan melompat untuk bersama barisan ahli parlimen pembangkang dan 16 September 2008 bakal mencatatkan sejarah pembentukan kerajaan baru dari kalangan ahli pembangkang sekarang dan menjadikan ahli-ahli parlimen yang setia kepada BN menjadi pembangkang pula di parlimen. Desas desus ini kedegaran saban hari, sehingga menjadi buah mulut di kalangan rakyat, termasuklah di DUN Titi Serong. Tidak kira samada di kedai kopi, surau, masjid, rumah dan tempat melepak warga muda, semuanya tidak lekang dari membincangkan desas desus ini. Adakah ianya fakta @ auta???
Jika ianya fakta, adalah diharapkan oleh rakyat agar kerajaan yang baru dibentuk kelak dapat memerintah secara adil dan tidak ada ketirisan dalam pentadbiran. Tidak lupa juga, kadar jenayah dan masalah muda mudi dapat dikurangkan di samping peningkatan semula ekonomi negara dan seterusnya mengurangkan kadar petrol yang membebankan rakyat jelata.
Jika ianya auta, adalah lebih baik perkara ini diconfirmkan segera agar rakyat tidak berasa tertipu dan seterusnya mengalihkan sokongan rakyat dari pakatan rakyat kepada BN semula. Namun ahli-ahli parlimen PR wajib meluahkan masalah dan keperluan rakyat kawasan mereka dalam parlimen.
Rakyat seperti aku perlukan pemerintah yang adil, tidak membuat ketirisan dalam perbelanjaan negara dan melaksanakan Undang-Undang Islam untuk semua umat Islam di Malaysia ini.
Monday, September 1, 2008
16 September 2008, Satu Fakta @ Auta???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment