Hari ini, 16 September 2008 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana dikhabarkan, kerajaan BN akan ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan PR. Namun khabar ini terlalu indah dari khayalan. Pertukaran kerajaan tidak berlaku. Dan bersuaralah beberapa individu yang tentulah gembira dengan perkara ini. Pertamanya ialah Pak Lah yang berkata semua ini adalah sandiwara politik Anwar je, “selepas satu tarikh, satu tarikh lain pula akan ditimbulkan”, begitulah antara Pak Lah dalam berita mlm ni. Dan Pak Lah juga enggan menerima kunjungan Anwar sebab takut kot, lagipun muka dia dh lain je aku tgk tadi.
Sorg lagi Najib
Kemudian bila aku balik terawih, ada lak program pe ntah kat tv1 yang sengal tu, ada 3 org Ahli Parlimen menjadi panel, sorg si Ibrahim Ali, sorg AP Muar dan sorg lagi AP kat Sabah. Semuanya sembang tentang pertukaran kerajaan yang x berlaku pada hari ini. Kerana ini hanyalah mainan politik sahaja, 31 AP BN yang akan melompat tidak ada. Itulah kata2 depa. Tup2 ada mamat dari sabah tepon, ckp pasal lompat parti, kan dulu PBS lompat p BN, mamat tu ckp, time tu xdak pulak BN kata tindakan itu salah, x bermoral. Then pengerusi rancangan tu dok bz nk potong ayat mamat tu n disconnect phone call dia. Apa punya tur la. X berani tol. Muka pn dah lain je si chairman tu.
Apa2pn, Anwar x ckp 16 September ni tahun berapa, mungkin tahun 2008, mungkin tahun 2009 dan mungkin tahun2 lain. Mungkin 16 September ni x berlaku kerana ada AP yang p bt lawatan sambil belajar ke
So aku rasa peralihan kerajaan pasti akan berlaku tidak lama lagi, paling lewat pada PRU13, namun yang pasti, rakyat seperti aku ini inginkan sebuah kerajaan yang adil, telus dan merdeka serta mampu menguruskan duit rakyat dengan sebaiknya. Sudah la Pak Lah, cukup2 la bolot semua duit rakyat. P la tidoq puas2…
0 comments:
Post a Comment