Thursday, October 30, 2008

Alahai Kerajaan Negeriku...

Bila membaca beberapa blog popular seperti Bro MSK, pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan PR Perak diketengahkan satu persatu. Dari isu setpol MB, isu pasir, isu pasar malam, isu Ahli Majlis Daerah dan sebagainya. Mungkin benar kata Bro MSK tentang semua isu itu, orang baru mula memerintah, so x berapa tau lagi protocol, cara2, adab dan sebagainya. Pada aku, MB Perak memang bagus, namun jika orang di bawah beliau tidak bagus, aku jangkakan kerajaan PR Perak akan hanya bertahan 1 penggal.

So diharapkan apabila kritikan dan teguran dari rakyat bawahan ini dapat didengari oleh pemimpin. Dan jika teguran itu didengar, ambillah tindakan yang terbaik untuk menutup mulut serta tangan-tangan menaip kami dari mengkritik dan menegur mereka. Perkasakanlah pentadbiran dan menjadi kerajaan yang berwibawa.

Tentang Harga Minyak...

Harga minyak dunia berada pada paras kurang USD70 setong. Beberapa hari lepas, harga tersebut menjunam ke tahap minimum (USD61 setong). Namun, penurunan harga petrol di Malaysia untuk kali keempat masih belum diumumkan lagi. Pak Mail, Mak Jenab yang dok kg dan yang x guna moto @ keta pun tahu, sengal betul kerajaan ni. Bila nak naik harga, x payah tunggu awal bulan. Tapi bila nak turun, kena tunggu awal bulan la. Ada mekanisma untuk mengkaji harga minyak la dan macam2 alasan kerajaan. Dulu bila ada blogger yang keluarkan fakta berkenaan subsidi minyak yang sebenarnya ditanggung oleh rakyat bukan kerajaan, namun tiada respon dari pihak berwajib.

Dengan penurunan harga minyak, rakyat mengharapkan harga barang keperluan harian juga akan turun. Namun bila aku bisik2 dengan teman yang meniaga, memang harga barang turun, tetapi kuantiti barang itu dikurangkan. So macam x turun la. Seorang lagi teman berkata, tidak mungkin harga barang akan diturunkan.

Apa-apa pun, rakyat bawahan akan terus terseksa di bawah pemerintahan KERAjaan BN.

Wednesday, October 29, 2008

New Design Template For My Blog...

Alhamdulillah... Setelah beberapa jam mencari design baru untuk blog aku ni, aku dapat template yang sesuai dengan naluri aku yang penuh kehijauan...
Hope lepas ni aku dapat menulis lagi tentang perkembangan dalam pelbagai segi dalam negara kita...
InsyaALLAH...

Tuesday, October 28, 2008

Mobile Number Portability (MNP) II...

Alhamdulillah… Akhirnya aku dapat update lagi pasal MNP.

MNP telah membawa satu pilihan untuk kita semua samada menggunakan penyedia rangkaian perhubungan tanpa wayar, CELCOM, DIGI, MAXIS atau U-MOBILE. Masing-masing punya cara untuk menarik perhatian para pengguna telefon bimbit untuk memilih mereka. Dengan pengenalan MNP, pengguna telefon dapat memilih penyedia rangkaian yang mereka mahukan, bersesuaian dengan kehendak mereka dan kehendak mereka dalam memilih penyedia rangkaian setelah pelbagai promosi dan strategi pemasaran yang mereka lakukan untuk memikat para pengguna agar memilih mereka sebagai penyedia rangkaian.
Setakat ini, hanya DIGI yang menyediakan kemudahan untuk switch kepada rangkaian DIGI. CELCOM telah mengupdate cara untuk switch di website mereka. MAXIS juga menyediakan informasi berkaitan MNP di website mereka. U-MOBILE, aku x tengok pun, lagipun kurang penting. Hahahaha…

Pilihlah mana 1 penyediaan rangkaian yang terbaik untuk anda. Hanya ingat satu perkara, sambil mengguna sesuatu produk atau perkhidmatan, adakah produk atau perkhidmatan tersebut mengeluarkan zakat perniagaan kepada pihak berwajib atau hanya sekadar cukai pendapatan. Kepada orang Islam, anda tentu tahu penyedia rangkaian mana yang perlu anda pilih…

Sunday, October 19, 2008

Harga Minyak Hari Ini...

1 barrel = USD71.85

1 year forecast, 1 barrel = RM83

[klik sini...]

1 barrel = 158.984 Liter

1USD = RM3.53

[klik sini...]

1USD = RM3.53

[klik sini...]

Oleh itu, Harga minyak seliter untuk hari ini, OPt ialah

OPt = (71.85*3.53)/158.984
= RM1.60/liter


For 1 year forecast from [klik sini...] ,OPf

OPf = (83*3.53)/158.984
= RM1.84/liter

***OPt kat pam minyak sekarang ni ialah RM2.30.
Bermaksud kita semua MEMBERI subsidi minyak kepada kerajaan sebanyak RM0.70/liter.
So ada ke patut???

***Kalau diambil OPf, kita perlu MEMBERI juga subsidi minyak kepada kerajaan sebanyak
RM0.46/liter.

dan ini sejarah harga minyak di Malaysia seperti di bawah @
[klik sini...]


Jadual berikut menunjukkan harga minyak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON 97.

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
Tarikh Harga baru Perubahan Harga sejagat1 Perubahan

RM/liter Peratus (%) AS$/tong Peratus (%)
Sebelum 1990 0.89 - 18.33 (1989) -
1990 1.10 25 24.49 33.6
1 Oktober 2000 1.20 9 24.68 0.8
20 Oktober 2001 1.30 8.3 25.90 4.9
1 Mei 2002 1.32 1.5 30.86 19.2
31 Oktober 2002 1.33 1 24.53 5.3
1 Mac 2003 1.35 1.5 31.54 28.6
1 Mei 2004 1.37 1.5 40.28 27.7
1 Oktober 2004 1.42 3.6 53.13 91.8
5 Mei 2005 1.52 7 56.26 5.9
31 Julai 2005 1.62 6.6 58.70 4.3
28 Februari 2006 1.92 18.5 61.64 5
5 Jun 2008 2.70 41 121.00 96.3
23 Ogos 20082 2.55 (5.6) 114.60 (5.3)
25 September 2008 2.45 (3.9) 109.20 (4.7)
15 Oktober 2008 2.30 (6.1) 84.07 (23)




Saturday, October 18, 2008

Mobile Number Portability (MNP)


Mobile Number Portability (MNP) allows mobile phone users to switch from one operator to other operator while retaining their existing mobile phone number. The charge for the switch is not less than RM25. the users can do it by visiting operator's center, participant outlets or through their websites.

tp antara semua website operators ni, website celcom je yg sengal, nk tgk cara nk switch pn payah, yang lain memang bagus, tambah digi, tunjuk detail 8 steps dari kita ada kat umah sampai kita p center depa. Apa2pn, beralih lah ke CELCOM sebagai tanda sokongan anda kepada operator utk bangsa Melayu. Tidak lupa juga CELCOM ada keluarkan juga zakat, DIGI & MAXIS ada ke? so Padai2 la hangpa menilai.

So bertukarlah ke CELCOM cepat2... Hehehe...


Friday, October 17, 2008

Cara Pemerintah Yang Dimahukan...

ari tu time dengar ceramah Mat Sabu kat Markas Tarbiyyah PAS Titi Serong. 1st time aku dengan ceramah dari beliau, memang teruja, dengan fakta sejarah yang tidak dapat disangkal lagi.

Mat Sabu terangkan dengan details tentang sejarah kerajaan Islam dari Kerajaan Madinah sehinggalah kerajaan Uthmanniah Turki yang merupakan kerajaan Islam terakhir dalam kegemilangan Empayar Kerajaan Islam yang Gah dan Kuat satu ketika dulu.

cuma 1 yang pengisiannya, adakah kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal tertubuh kelak (IssyaALLAH), pemimpin kerajaan terbabit menguruskan kerajaan persis atau dekat2 la cara pemerintahannya dengan kerajaan Islam Madinah dulu. Jadilah pemimpin yang memerintah yang dengan baik, yang memerintah kerana ALLAH, bukan kerana harta. Janganlah dibina Mahligai yang indah di dunia sebagai tempat tido depa di kala ada rakyat yang masih tido di pondok buruk tanpa ada yang peduli.
pemimpin tidak memerlukan mahligai yang besar, yang mewah, tetapi berusaha memimpin negara dan negeri dengan berpandukan cara pemerintahan kerajaan Islam Madinah dahulu, atau paling kurang, meniru pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.
Moga pimpinan2 Kerajaan Perak dan negeri2 lain di bawah Pakatan Rakyat dapat memerintah dengan adil dan berpandukan cara pemerintahan Islam Madinah...

Hangpa Membeli Di Mana???

Kalau mahu membeli barang keperluan hangpa, ke mana selalu hangpa p?

Supermarket yang besar2 macam Carrefour, Tesco, Giant, Mydin, Econsave ke or hangpa p beli kat kedai2 biasa???

Pengalaman aku membeli barang kat Parit Buntar menunjukkan hasil2 berikut:

  1. kedai2 Longwan, Kedai India dekat Market Parit Buntar, Kedai Mamak kat sebelah TM Point, harga beberapa barang lebih murah dari Econsave, Billion dan Minat.
  2. sebagai contoh, syampu CLEARmen aku beli kat Econsave harganya dalam RM9.00++ tapi bila p kat Longwan harganya baru RM8.50.

ada byk lagi barang2 yang lagi murah di kedai2 biasa berbanding ngan kat supermarket besar kat Parit Buntar. Aku bagitau ni pasal sekarang kan harga barang naik, so kena la berjimat. So selamat mencuba…