Tuesday, October 28, 2008

Mobile Number Portability (MNP) II...

Alhamdulillah… Akhirnya aku dapat update lagi pasal MNP.

MNP telah membawa satu pilihan untuk kita semua samada menggunakan penyedia rangkaian perhubungan tanpa wayar, CELCOM, DIGI, MAXIS atau U-MOBILE. Masing-masing punya cara untuk menarik perhatian para pengguna telefon bimbit untuk memilih mereka. Dengan pengenalan MNP, pengguna telefon dapat memilih penyedia rangkaian yang mereka mahukan, bersesuaian dengan kehendak mereka dan kehendak mereka dalam memilih penyedia rangkaian setelah pelbagai promosi dan strategi pemasaran yang mereka lakukan untuk memikat para pengguna agar memilih mereka sebagai penyedia rangkaian.
Setakat ini, hanya DIGI yang menyediakan kemudahan untuk switch kepada rangkaian DIGI. CELCOM telah mengupdate cara untuk switch di website mereka. MAXIS juga menyediakan informasi berkaitan MNP di website mereka. U-MOBILE, aku x tengok pun, lagipun kurang penting. Hahahaha…

Pilihlah mana 1 penyediaan rangkaian yang terbaik untuk anda. Hanya ingat satu perkara, sambil mengguna sesuatu produk atau perkhidmatan, adakah produk atau perkhidmatan tersebut mengeluarkan zakat perniagaan kepada pihak berwajib atau hanya sekadar cukai pendapatan. Kepada orang Islam, anda tentu tahu penyedia rangkaian mana yang perlu anda pilih…

0 comments: