Monday, September 21, 2009

Alahai Zakat Fitrah...

Raya tahun ni menjadi permulaan aku p bayar duit zakat fitrah. Sebelum ni, arwah bapak aku yang bayaq. Kemudian bila arwah dah tiada, abang aku yang tolong bayaq. Tapi tahun ni dah depa pun raya kat umah mertua, nak x nak dah jadi kewajipan aku untuk bayar zakat fitrah. Tapi dah jadi kewajipan tiap2 tahun, family aku bayar zakat melalui PAS, bukan melalui Majlis Agama Islam.

Tetapi yang sedihnya, orang yang kutip tu. Bukan dia x jujur dan amanah, Cuma aku rasa pemilihan beliau untuk kutip zakat ni x tepat. Kreditibiti beliau memang x dapat disangkal lagi. Dari dulu lagi, tiap2 tahun beliau yang akan kutip. Tapi melihatkan keadaan kesihatan beliau, aku rasa pihak pentadbiran PAS patut melihat perkara ini. Bagi la orang lain untuk kutip. Bila aku p bayaq ari tu, beliau dok atas katil ja. Cakap pun dah x larat. Resit pun aku kena koyakkan. Tapi akad tu lancar la. So aku rasa pihak atasan patut menilai semua para wakil ini. Kesian kat beliau la. Bagi la kat orang lain yang dok kampung yang sihat. Aku x pa la pasal aku bukan dok kampung, klau x aku leh jadi wakil.

So bersedialah untuk lakukan perubahan. Kesianilah mereka yang telah tua, jangan bebankan mereka dengan kerja2 parti. Ok…

Monday, September 7, 2009

The Bad Service From Pos Malaysia...

I was going to Parit Buntar’s Pos Malaysia branch a few days ago. I arrived at that branch around 3.50pm. As a customer, I very unsatisfied with the service provided. With 5 counters that were designed and built up on that branch, only 3 counters were opened. Two counters for bill payment and etc and 1 counter for buy a stamp, courier, take parcel and etc.


I was very sad when one old man came to this post office, carrying a big box that need to be posted to his relative family, by the time his turn to the counter after queue up about 20 minutes, the post worker told him that the time for them collect the parcel (that big box) was over (already 4pm), therefore the old man have to come back tomorrow. Do all of you feel what I already felt on that time? How sad and embarrassed to the worker and Pos Malaysia.


Another thing, it is good to have a number so that customers don’t have to queue up. But with only 2 counters open, it didn’t help anything. That why I only go to Pos Malaysia to buy just the stamp. So to management of Pos Malaysia, please consider this if you have a sense of humanity inside you…

Merdekakah Kita...

Merdeka… Merdeka… Merdeka…

Laungan itu kerap berkumandang bila 31 Ogos menjelma. Riuh segenap lapisan masyarakat dengan laungan itu. Sambutannya ada di mana-mana. Kalau di KL, KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang menjadi lokasi wajib bagi para penyambut laungan tersebut. Percikan serta letupan bunga api memeriahkan malam itu.

Namun sedarkah kita apa itu Merdeka??? Kenapa merdeka perlu disambut??? Mengapa perlu dihabiskan berjuta-juta wang ringgit dalam sambutan kemerdekaan???

Pada aku, seperti juga tahun-tahun sebelum ini, merdeka itu hanyalah laungan kosong yang datang dari segenap masyarakat yang tidak melihat erti kemerdekaan seperti aku.

Bagi aku, aku belum merdeka dan Negara Malaysia juga belum merdeka. Kenapa??? Kerana merdeka yang disambut adalah pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah Negara bebas pada nama sahaja, tetapi tidak pada peruntukan perlembagaan, cara Negara ditadbir, cara hidup masyarakat Malaysia dan sebagainya.

Lihat saja pada perlembagaan Malaysia, masih mengikut perlembagaan Britain. Tidak ketinggalan, cara hidup dan sosial yang berlainan dari budaya masyarakat Malaysia, terutamanya di Bandar. Ada pelbagai masalah remaja yang amat merunsingkan semua orang, termasuk kerajaan, namun ketidakbolehan kerajaan membendung budaya tidak sihat ini adalah disebabkan oleh keizinan mereka sendiri memberi ruang untuk budaya tidak sihat untuk terus menular dalam merosakkan remaja-remaja tunjang Negara pada masa depan.

Akhir kalam, merdeka tidak bererti tanpa kita keluar dari kepompong penaklukan idelogi halus penjajah yang terus menghasut masyarakat kita untuk terus hanyut dan meninggalkan jalan kebenaran berlandaskan Islam…