Monday, September 7, 2009

Merdekakah Kita...

Merdeka… Merdeka… Merdeka…

Laungan itu kerap berkumandang bila 31 Ogos menjelma. Riuh segenap lapisan masyarakat dengan laungan itu. Sambutannya ada di mana-mana. Kalau di KL, KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang menjadi lokasi wajib bagi para penyambut laungan tersebut. Percikan serta letupan bunga api memeriahkan malam itu.

Namun sedarkah kita apa itu Merdeka??? Kenapa merdeka perlu disambut??? Mengapa perlu dihabiskan berjuta-juta wang ringgit dalam sambutan kemerdekaan???

Pada aku, seperti juga tahun-tahun sebelum ini, merdeka itu hanyalah laungan kosong yang datang dari segenap masyarakat yang tidak melihat erti kemerdekaan seperti aku.

Bagi aku, aku belum merdeka dan Negara Malaysia juga belum merdeka. Kenapa??? Kerana merdeka yang disambut adalah pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah Negara bebas pada nama sahaja, tetapi tidak pada peruntukan perlembagaan, cara Negara ditadbir, cara hidup masyarakat Malaysia dan sebagainya.

Lihat saja pada perlembagaan Malaysia, masih mengikut perlembagaan Britain. Tidak ketinggalan, cara hidup dan sosial yang berlainan dari budaya masyarakat Malaysia, terutamanya di Bandar. Ada pelbagai masalah remaja yang amat merunsingkan semua orang, termasuk kerajaan, namun ketidakbolehan kerajaan membendung budaya tidak sihat ini adalah disebabkan oleh keizinan mereka sendiri memberi ruang untuk budaya tidak sihat untuk terus menular dalam merosakkan remaja-remaja tunjang Negara pada masa depan.

Akhir kalam, merdeka tidak bererti tanpa kita keluar dari kepompong penaklukan idelogi halus penjajah yang terus menghasut masyarakat kita untuk terus hanyut dan meninggalkan jalan kebenaran berlandaskan Islam…

0 comments: