Hari isnin lepas aku dijemput menghadiri majlis perkahwinan kawan skolah aku. Dan seperti biasa, bila jumpa kawan skolah yang dah lama x jumpa, banyak la benda yang dibincangkan. Aku tertarik pada 2 orang kawan aku ni, kerana seorang adalah anggota Federal Reserve Unit (FRU) (aku wakilkan dengan M) dan seorang adalah kaki p wat demo (aku wakilkan sebagai H) kat mana2 ja.
Kebetulan H ni baru balik ja dari demo PPSMI kat KL baru2 ni. So diceritakanlah pengalaman dia kat sana. Yang paling syok dia kata, “aku dapat tendang kepala sorg FRU ni”. So bila si M ni dengar, berbulu la dia, tapi biasa la dah kawan lama, nafsu kemarahan itu diredakan dalam hati. H cerita lagi, dia rasa 1 tanda ALLAH S.W.T tunjuk kat dia, apabila bom-bom asap dan sebagainya ditembak ke arah para pendemo dalam kawasan Masjid Negara, asap yang keluar dari bom tersebut seperti diarahkan pergi ke arah anggota FRU tadi. Akhirnya geng2 FRU ni la yang terpaksa menanggung kesengsaraan akibat dari bom-bom depa tu… padan Muka… hahahaha…
H juga menambah, kalangan pendemo dikepung seperti tentera Musyrikin Mekah yang dikepung oleh tentera Islam dalam Perang Uhud. Apabila bom-bom asap dilancarkan ke arah para pendemo, maka bertempiaran la depa lari naik ke bukit, malangnya SB serta polis balai yang berpakaian biasa menangkap depa. juga penggunaan peluru "kacang" yang memedihkan sesiapa saja yang kena. Sebenarnya banyak lagi yang H cerita n M nak counter balik, tapi cukup la takat ni.
Akhir kalam, seperti dalam posting awai aku, PPSMI merugikan bangsa melayu. Tidak apa yang lebih penting dari memartabatkan bahasa melayu agar dihormati dan diguna pakai oleh rakyat pada masa depan tanpa menjelaskan penguasaan depa dalam bidang pendidikan, ekonomi dan teknologi…
Hadapi Dengan Senyuman… ;-)
0 comments:
Post a Comment